Monday, August 18, 2008

Contoh Akhlak Anggota Ikhwanul Muslimin - Hassan alBanna

Para anggota Ikhwan mengamalkan peraturan Islam di dalam kehidupan harian mereka. Mereka berjiwa dan berakhlak Islam ketika berhubungan sesama sahabat atau pun dengan orang lain. Keadaan mereka ini merupakan contoh ketakwaan dan kemuliaan.

terusan_suez.jpg

Encik Masue Solent bertugas sebagai Ketua Jurutera Syarikat Terusan Suez. Satu hari dia memanggil seorang anggota Ikhwan yang bernama Hafiz untuk memperbaiki beberapa alat pertukangan kayu di rumahnya. Encik Solent bertanya mengenai upah kerja itu dan Hafiz meminta 130 Qursh. Encik Solent pun segera menjawab, ‘Awak seorang perompak’.

Hafiz dapat mengawal dirinya dari marah. Dengan penuh kesabaran, dia pun bertanya, ‘Bagaimana saya boleh jadi perompak?’ Berkata pula Encik Solent, ‘Awak meminta upah yang lebih dari yang berhak awak terima.’ Hafiz menjawab, ‘Saya tidak akan mengenakan apa-apa bayaran langsung pada kamu. Saya akan melakukan kerja itu dengan percuma jika salah seorang dari jurutera awak mengatakan saya meminta upah yang lebih. Jika jurutera awak itu mengatakan upah yang saya minta itu berpatutan, maka saya akan menebuskan maruah saya yang telah dicemari oleh kata-kata awak tadi.’

Encik Solent memanggil salah seorang juruteranya dan bertanya mengenai pah kerja tadi. Selepas melakukan kiraan, dia menetapkan upah kerja itu pada kadar dua ratus Qursh. Kemudian Encik Solent pun meminta Hafiz memulakan kerja. Tetapi Hafiz menjawab, ‘Saya akan melakukan kerja itu setelah awak meminta maaf di atas kebiadapan dan tuduhan awak terhadap saya. Saya mahu awak menarik balik kata-kata awak itu.’ Encik Solent pun naik radang dan berkata, ‘Siapakah awak sehingga sanggup menyuruh saya meminta maaf. Kepada Raja Fuad pun saya tidak akan meminta maaf jika dia ada di sini.’

Hafiz menjawab dengan kata-kata yang lembut, ‘Encik Solent, kini awak telah melakukan kesalahan kedua. Awak berada di dalam negara Raja Fuad. Awak sepatutnya tahu adab dan resam negara tuan rumah. Tidak patut sekali awak mengeluarkan kata-kata yang menghina seperti itu. Saya tidak akan membenarkan awak bercakap mengenai Raja Fuad dengan cara yang biadap seperti itu.’

Encik Solent mengalihkan pandangannya dari Hafiz dan mula berjalan mundar-mandir di dalam dewan yang luas itu sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Hafiz meletakkan alat perkakasnya di lantai dewan dan terus duduk di atas sebuah kerusi. Suasana di dewan itu sunyi senyap seketika. Yang kedengaran hanyalah tapak kaki Encik Solent. Selepas beberapa ketika, dia mendekati Hafiz dan berkata, ‘Seandainya saya tidak meminta maaf, apa yang hendak awak lakukan?’

Hafiz menjawab, ‘Perkara ini senang saja. Mula-mula saya akan menulis kepada konsul dan duta awak. Kemudian saya akan memberitahu pihak atasan Syarikat Terusan Suez di Paris. Selepas itu saya akan menulis surat kepada ketua-ketua pengarang akhbar tempatan dan luar negeri. Di samping itu, setiap kali seorang ahli Majlis datang ke sini, saya akan menemuinya dan membuat pengaduan. Jika saya gagal di dalam usaha-usaha tadi, saya akan mencela awak di hadapan umum. Dengan cara ini saya mendapat dua keuntungan dan saya berazam penuh untuk melakukannya. Jangan menyangka saya akan mengadu kepada kerajaan Mesir kerana awak telah melemahkan kekuasaannya melalui pengaruh awak. Saya tidak akan berasa senang selagi maruah saya tidak ditebus.’

Encik Solent berkata, ‘Rasanya saya kini sedang bercakap dengan seorang pegawai tinggi dan bukannya seorang tukang kayu. Tidakkah awak sedar awak sedang bercakap dengan Ketua Jurutera Syarikat Terusan Suez? Bagaimana awak boleh terfikir saya akan meminta maaf kepada awak?’

Hafiz menjawab, ‘Tidakkah awak sedar Syarikat Terusan Suez berada di dalam negara saya dan bukannya di dalam negara awak? Lagi pun penguasaan awak ke atas Syarikat ini adalah sementara saja. Satu hari nanti, Syarikat ini akan jatuh juga ke tangan kami. Waktu itu, awak dan orang-orang seperti awak akan menjadi pekerja kami. Oleh itu, bolehkah awak membuat kesimpulan bahawa saya akan melepaskan hak saya?’

Selepas pertengkaran ini, Encik Solent masih terus berjalan mundar-mandir di dalam dewan itu. Sekali lagi dia mendekati Hafiz. Kali ini wajahnya kelihatan lembut. Dia menumbuk meja dengan sepenuh tenaga beberapa kali dan berkata, ‘Hafiz, saya minta maaf dan saya menarik balik kata-kata saya.’ Hafiz bangun. Dia puas hati. Dia mengucap terima kasih kepada Encik Solent dan memulakan kerjanya. Tidak lama kemudian, kerjanya pun selesai. Sebaik saja kerjanya selesai, Encik Solent memberinya seratus lima puluh Qursh. Hafiz mengambil seratus tiga puluh Qursh dan mengembalikan baki dua puluh Qursh kepada Eneik Solent.

Encik Solent memberitahunya, ‘Simpanlah dua puluh Qursah itu.’ Hafiz menjawab, ‘Tidak. Saya tidak mahu menjadi perompak dengan mengambil lebih dari hak saya.’ Encik Solent terpegun dan berkata, ‘Saya sungguh terkejut. Mengapakah kesemua orang Arab tidak menjadi seperti awak? Adakah awak dari keluarga Muhammad?’ Hafiz menjawab, ‘Setiap orang Islam adalah keluarga Muhammad, tetapi setengah orang Islam gagal berbuat demikian kerana mereka mengadakan kerjasama ekonomi dengan orang-orang Eropah dan juga kerana mereka menurut orang-orang Eropah secara membuta-tuli. Mereka telah menjatuhkan maruah mereka sendiri.’

Encik Solent tidak berkata apa-apa. Dia menjabat tangan Hafiz sambil mengucap terima kasih. Mereka pun bersurai.

Monday, August 11, 2008

al - Bai'ah

1. Al-Fahm ialah saudara hendaklah meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah Islamiyyah yang murni dan saudara hendaklah memahami Islam sebagaimana kami memahaminya dalam lingkungan Dua Puluh Prinsip Asas yang serba ringkas..

2. Al-Ikhlas ialah saudara Muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan Jihad yang dilakukan hanya untuk Allah SWT, mencari keredhaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan aqidah, bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi..

3. Al-Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas. Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh seorang saudara yang jujur ialah memperbaiki diri sendiri, membina rumah tangga Muslim, membimbing masyarakat kepada Islam, membebaskan tanahair daripada unsur penjajahan, membetulkan kerajaan sehingga benar-benar bersifat Islam, mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dan menjadi tonggak dunia dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia..

4. Al-Jihad adalah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga Hari Kiamat. Tahap pertama Jihad ialah mengingkari dengan hati dan tahap yang paling tinggi ialah perang di jalan Allah SWT. Di antara dua tahap tadi ialah Jihad dengan lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang kejam. Dakwah ini tidak akan bererti tanpa Jihad. Sehebat mana dan seluas mana dakwah ini, sehebat itulah juga Jihad yang diperlukan dan sebesar itu jugalah pengorbanan yang diperlukan untuk menyokong dakwah ini. Namun, ganjarannya juga besar untuk mereka yang berusaha..

5. Al-Tadhiyyah ialah berkorban menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini, tiada Jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi fikrah ini tidak akan disia-siakan, sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik.

6. Al-Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara spontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Ini kerana fasa dakwah ini ada tiga iaitu pengenalan (Takrif), Pembinaan (Takwin) dan perlaksanaan (Tanfiz)..

7. Al-Thabat bermakna seorang saudara Muslim terus menerus tabah bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauh mana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah SWT. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti..

8. Al-Tajarrud atau jati diri ialah anda memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan anda dan anda ketepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi..

9. Al-Ukhuwwah ialah persaudaraan hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain..

10. Al-Thiqah ialah seorang pengikut yang berlapang dada terhadap pemimpin mereka, dalam hal kemampuan dan keikhlasan, dengan sepenuh rasa ketenangan yang mendalam sehingga menumbuhkan rasa cinta, penghargaan, penghormatan dan ketaatan..


[Hassan al-Banna (2003), Himpunan Risalah. Salehan Ayub (terj.). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.]

Islam dan Waktu - Hassan alBanna

Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)

Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihitung dan dicatat. ”Sebenarnya Kami sentiasa mendengar, dan utusan-utusan Kami pun sentiasa mencatat di sisi mereka.”(Az-Zukhruf: 80).”Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya, dan Dia mengutus kepada kalian malaikat-malaikat penjaga.”(Al-An’am: 61) clock.jpgIslam datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia tak akan kembali. Kerana itu, Abu Bakar ra. Pernah berdoa,”Ya Allah, janganlah Engkau siksa kami secara tiba-tiba.” Allah SWT. telah memerintahkan kita untuk menggunakan waktu dalam empat perkara: * Pertama: Dalam perkara yang dapat menyelamatkan keagamaan kita, iaitu berupa ketaatan kepada Allah SWT. Ini terbahagi kepada dua:o Perkara-perkara yang difardhukan oleh Allah kepada kita dan tertentu waktunya, seperti salat, zakat, puasa, haji dan seterusnya.o Perkara-perkara yang dianjurkan oleh Allah kepada kita berupa amalan-amalan nafilah (sunnah), seperti tilawah Al-Quran, sodaqah, zikir dan membaca Selawat Nabi. * Kedua: Dalam perkara-perkara yang juga memberikan manfaat kepada kita , berupa mencari rezeki yang halal untuk keperluan kita dan keluarga yang kita tanggung. Jika hal ini kita lakukan dengan ikhlas, ia menjadi amal ibadah. Rasulullah saw. Bersabda.”Barangsiapa di petang hari keletihan kerana bekerja, di petang itu dia mendapat ampunan.” * Ketiga: Dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Itu merupakan bahagian dari bentuk penghampiran (qurbah) diri yang paling agung. Rasulullah saw. Bersabda, ”Barangsiapa keluar rumah untuk memenuhi hajat saudaranya, ia seperti orang yang melakukan iktikaf di masjidku ini selama sebulan.” Hal ini memuatkan hakikat bahawa manusia seluruhnya adalah ”keluarga” Allah. Orang yang paling dekat denganNya adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Kerana itu, engkau mesti dapat memberikan manfaat kepada mereka, sama ada dalam aspek material atau pun lainnya. * Keempat: Dalam perkara yang dapat memberi ganti atas sesuatu yang hilang dari kita, iaitu waktu istirehat. Kerana sesungguhnya badanmu itu mempunyai hak yang harus kau tunaikan. Kerana itu, tentukanlah waktu khusus untukmu, yang di situ kamu dapat memperbaharui kegiatanmu dan menyegarkan kembali semangatmu. Itu dapat dilakukan dengan cara berenang, memanah, menunggang kuda, santai yang baik, dan jenis-jenis ketrampilan olahraga lainnya. Sayangnya kita telah terbiasa untuk tidak mengenal nilai waktu dalam berbagai aktiviti kehidupan kita. Kita tidak menghargai waktu sebagaimana mestinya dan kita menggunakannya untuk hal-hal yang tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, seperti menonton filem, teater, tarian dan menghadiri kelab-kelab yang penuh maksiat. Kita bertaqlid kepada Eropah secara buta, lebih mengutamakan kegiatan itu daripada kegiatan yang baik dan amalan-amalan yang bermanfaat. Kita memohon kepada Allah SWT. taufiq yang kekal serta hidayah menuju jalan yang paling lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu kita Muhammad, serta keluarga dan para sahabatnya.