Tuesday, July 22, 2014

Detik-Detik Hidupku ( Bahagian 1 & 2 )

Detik-Detik Hidupku (Bahagian 1)
Posted on February 16, 2012

http://halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/02/16/detik-detik-hidupku/

LATARBELAKANG RINGKAS IMAM HASSAN AL-BANNA

Keadaan di Mesir pada zamannya.
Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar, yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab.

Jika kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman ketika beliau dilahirkan, dibesarkan dan dididik. Disamping itu, kita juga perlu mengetahui cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang sedang mengancam Mesir ketika Imam Hasan al-Banna dilahirkan. Sekarang kita akan mengkaji zaman ketika beliau dilahirkan dan peranan besar yang dimainkan olehnya.



Detik-Detik Hidupku (Bahagian 2)
Posted on February 23, 2012

halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/02/23/detik-detik-hidupku-2/

Latarbelakang Keluarga Imam Hasan Al-Banna.

Datuk Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti Al-Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. Satu perselisihan faham telah berlaku antara kedua orang anaknya itu mengenai pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah pusaka yang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapa mereka. Perselisihan ini boleh membawa kepada pertengkaran tetapi Ahmad Al-Banna menyelesaikannya dengan menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Muhammad dan terus berpindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana.

Ahmad bin Abdur-Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna, Di Mahmoodiah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Separuh hari dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk mengkaji dan belajar Al­Quran dan As-Sunnah. Di samping itu, Ahmad Al-Banna juga mempunyai sebuah perpustakaan yang mengandungi berbagai buku berharga mengenai Islam dan Sunnah.

Apabila penduduk kampung tersebut membina sebuah masjid mereka sendiri, mereka telah menjemput Ahmad Al-Banna menjadi imam solat Jumaat yang pertama di situ. Kepetahannya bercakap dan khutbahnya yang ilmiah itu telah menarik hati orang ramai. Beliau pun dilantik menjadi Imam dan Khatib tetap masjid tersebut atas permintaan ramai. Ahmad Al-Banna menerima tugas tersebut kerana mencari keredhaan Allah dan bukan kerana inginkan keuntungan kebendaan.. Dia meneruskan kerjanya sebagai tukang membaiki jam untuk menyara hidupnya dan masa lapangnya digunakan dalam mengkaji hadis.

Ahmad bin Abdur Rahman Al-Banna menyusun banyak buku mengenai hadis. Beliau menyusun semula Musnad Ahmad bin Hanbal menurut bab-bab di segi ilmu Fiqh. Kitab ini dinamakannya ‘Al-Fathur-Rabbani Fi Tartib Musnad-ul Imam Ahmad bin Asy-Syebani’. Kemudian beliau menulis pula huraian terperinci mengenai kitab tersebut dan menamakannya ‘Bulugh-ul-Amani Min Asrarul Fath-ur-Rabbani’. Beliau juga menulis huraian mengenai kitab Abu Dawud dan menamakannya ‘Minhatul Mabud’. Di samping itu, beliau telah menyunting Musnad dan Sunnan Imam Syafi’e dan menulis huraian mengenainya. Karyanya dinamakannya ‘Badayi’-al Musnad Fi Jama Wa Tartib Musnad-as-Syafi’e wal Sunnan’. Akhirnya beliau menyusun sebuah buku yang menyentuh Masanid keempat Imam tadi. Ahmad Al-Banna adalah seorang ulama yang cerdik. Kajiannya terhadap Islam telah menunjukkan kecekapannya itu. Beliau telah melakukan kerja akademik secara bersendirian saja.

Syeikh Ahmad bin Abdur-Rahman adalah seorang manusia alim yang hebat. Dia wara’, berakhlak mulia dan bertaqwa. Isterinya juga berperibadi mulia serta wara’. Isterinya berasal dari Bani Abu Qurah. Dengan isteri pertamanya ini, Ahmad Al­Banna memperolehi tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan 2 perempuan. Anak anaknya itu bernama Hasan Al-Banna (yang sulung), Abdur-Rahman Al-Banna, Fatimah Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul Basit Al-Banna, Jamal Al-Banna dan Fauziah Al-Banna. Syeikh Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri. Dengan isteri kedua ini, dia memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah Al-Banna.

Kelahiran dan Pendidikan Imam Hasan Al Banna.
Imam Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Takdir Allah telah menentukan tarikh kelahirannya itu supaya dapat mengisi kekosongan akibat kematian pemimpin Muslim Mesir yang berwibawa dan tercinta iaitu Mustafa Kamal.

Mahmoodiah bersuasana kedesaan dan merupakan sebuah perkampungan petani. Para penduduknya menjalani kehidupan corak lama (tradisional). Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat ‘alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam.

Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan. Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad As­Diniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.

Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah.

Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A’adadiyah dan menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat.pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran ‘Al-Azhar kecil’. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Saikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.

Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah schingga tahun 1933 M.

Tugas Hasan Al-Banna Sebagal Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan Al­Ikhwanul Muslimin.
Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.

Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama ‘Jami’atu­Tahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Perkabwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.
Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al­Banna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud: … dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula). (Surah An-Nur, ayat 26.)

Latifah sangat setia kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian hidup mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa, Raja’a, Hajir dan Istisy’had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy’had oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.

Nama anak lelakinya ialah Ahmad Saiful Islam. Beliau juga tabah dan berwibawa seperti bapanya. Ahmad Saiful Islam berkelulusan di bidang ilmu perubatan dari sebuah Kolej Perubatan. Beliau ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dan dihukum penjara selama dua puluh lima tahun ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasir. Ada pepatah Arab yang bermaksud: ‘Anak seekor singa adalah singa juga’. Ahmad Saiful Islam memiliki segala sifat bapanya.

Hasil Tulisan Imam Hasan Al-Banna.
Imam Hasan Al-Banna adalah seorang pendakwah Islam dan juga tokoh pembaharuan. Beliau tidak menurut cara-cara Syed Rasyid Ridha. Hasan Al-Banna himpunkan sekumpulan orang-orang Islam yang berwibawa serta mempunyai kesanggupan untuk hidup dan mati dalam memperjuangkan Islam. Bellau ingin menegakkan cara hidup Islam di Mesir. Lantaran itu, beliau menumpukan lebih banyak masanya di sudut amali gerakannya, iaitu memberi latihan akhlak dan rohani kepada para anggota Ikhwan. Pernah beliau ditanya, ‘Mengapakah awak tidak mengarang buku?’ Imam Hasan Al-Banna menjawab, ‘Saya ‘menulis’ manusia.’ Ini bermakna beliau melatih manusia dari segi akhlak dan ilmu untuk perjuangan Islam. Walau bagaimanapun beliau ada menulis beberapa buah buku berikut:

I ‘Muzakirat ad-Da’awah wa-Dai’yiah’ (Catatan Dakwah dan Pendakwah).
Inilah hasil karyanya yang terulung. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menyentuh kehidupan peribadinya dan bahagian kedua pula ialah mengenai kegiatan Ikhwanul Muslimin.

II ‘Risaail-Al-Imamu-Syahid.’
Buku ini ialah himpunan beberapa makalah yang disusunnya pada waktu waktu tertentu sepanjang hayatnya. Buku ini terbahagi kepada tajuk-tajuk yang berikut:

1) ‘Risalatu Ta’alim.’
Buku kecil ini mengandungi arahan-arahan yang diberinya kepada orang­orang yang memasuki gerakan Ikhwanul Muslimin. Ia ditunjukkan kepada para ahli Ikhwanul yang telah berbai’ah. Dalam buku kecil ini, dia menjelaskan sepuluh dasar bai’ah:

Seterusnya Imam Hasan Al-Banna menerangkan segala kewajipan ahli-ahli Ikhwan di dalam semua bidang kehidupan selepas sahaja melakukan bai’ah. Beliau juga menetaplcan peraturan-peraturan yang perlu di ikuti dan yang patut ditinggalkan.

2) ‘Risalah Jihad’
Makalah ini menerangkan kewajipan, kepentingan dan kelebihan Jihad. Imam Hasan Al-Banna menulis makalah ini ketika para sukarelawan ‘Ikhwanul Muslimin’ melancarkan Jihad terhadap Yahudi Palestin. Manakala ini merupakan panduan untuk para mujahidin Islam.

3) ‘Da’watuna Fi Taauri Jadid’:
Makalah ini bermaksud ‘Dakwah kami di tahap baru’. Makalah ini ditulis ketika gerakan Ikhwanul Muslimin sedang pesat berkembang dan ramai para belia sedang menganggotainya. Para penentang juga menyatakan keraguan mereka terhadapnya. Imam Hasan Al-Banna juga menjelaskan, setiap kecaman yang ditunjukkan kepada Ikhwan oleh para penentangnya. Beliau menerangkan bahawa gerakan Ikhwan ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan tertentu tetapi ia sebenarnya adalah bercorak sejagat dan merangkumi seluruh umat manusia. Beliau juga menerangkan bahawa gerakan Ikhwan berdasarkan Iman dan akal.

Makalah ini juga menerangkan pendapat Ikhwan mengenai fahaman kebangsaan Mesir, fahaman kebangsaan Arab, fahaman Orientalisme (Ketimuran) dan fahaman Universalisme (kesejagatan) yang sedang melanda Mesir. Berhubung dengan perkara ini, Ikhwan berpendapat seperti berikut:

‘Kami ingin menegakkan sebuah negara Islam di Mesir. Negara Islam ini akan mengamalkan dasar-dasar Islam; menyatukan orang-orang Arab dan memelihara kebajikan mereka dan menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia daripada penindasan dan kekejaman. Di samping itu, negara Islam ini akan menyebarkan Islam dan menguatkuasakan undang-undang Allah.’

Di akhir makalah ini, Hasan Al-Banna menyatakan hasratnya hendak membina sebuah masyarakat yang terdiri daripada orang-orang perseorangan dan keluarga keluarga yang berpegang teguh kepada Islam.

4) ‘Ar-Risail Ats-Tsalaasah’:
Karya Hasan Al-Banna yang ini pula terdiri daripada tiga makalah. Tajuk makalah yang pertama ialah ‘Apakah tugas kita?’. Tajuk makalah yang kedua ialah ‘Ke arah mana kita menyeru manusia?’. Tajuk makalah yang ketiga pula ialah ‘Risalah Cahaya’. Sebenarnya makalah yang ketiga itu ialah surat Hasan Al-Banna kepada Raja Mesir Shah Faruq, Perdana Menteri Mesir Nihas Pasya dan para pemimpin Negara-negara Muslim yang lain. Surat tersebut ditulis dalam tahun 1936.

Surat ini menerangkan dengan panjang dasar-dasar Islam, kebudayaan dan tamadun Islam. Beliau menyatakan kesalnya kerana orang-orang Islam telah mengamalkan cara hidup Barat sedangkan mereka mempunyai dasar fahaman (ideologi) mereka sendiri yang lebih hebat. Beliau juga membuat perbandingan antara cara hidup Islam dengan cara hidup Barat. Sebagai kesimpulan, beliau menegaskan bahawa hanya Islam sahajalah yang merupakan penyelesaian kepada segala masalah dan ia juga boleh menjamin kemajuan dan kebahagian kepada sesebuah negara. Akhir sekali beliau memberi lima puluh cadangan. Sepuluh cadangan berkaitan dengan politik, perundangan dan pentadbiran. Tiga puluh cadangan menyentuh dasar-dasar kemasyarakatan dan pendidikan. Sepuluh cadangan yang terakhir itu berhubung dengan masalah ekonomi.

5) ‘Perbandingan di antara yang dahulu dan sekarang’.
Makalah ini ialah yang pertama sekali ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna. Ianya ditulis sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Dalam makalah ini, beliau menerangkan dasar-dasar Islam dan ciri ciri pembaharuan ummah. Pada peringkat awal, beliau membincangkan negara Islam pertama yang berlandaskan Al­Quran di bawah pimpinan baginda Rasulullah (s.a.w.) sendiri. Berikutnya, beliau menyentuh sebab-sebab kejatuhan umat Islam. Akhirnya, beliau mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin mengajak manusia kepada kesejahteraan yang berkekalan.

6) ‘Risalatul Mu’tamarul Khamis’.
Makalah ini merupakan syarahan Hasan Al-Banna di dalam Muktamar Kelima Ikhwanul Muslimin. Dalam syarahannya ini beliau menilai kembali pencapaian Ikhwanul Muslimin sepanjang sepuluh tahun yang lepas. Tiga perkara telah dibincangkan:

i)  Matlamat Ikhwanul Muglimin dan corak (uslub) dakwahnya;

ii) Dasar dasar dan cara-cara Ikhwanul Muslimin;

iii) Sikap dan dasar Ikhwanul Muslimin terhadap berbagai pertubuhan dan dasar-dasar fahaman lain di Mesir.

7)  ‘Ikhwanul Muslimin di bawah panji-panji Al-Quran’.
Makalah ini merupakan syarahan Imam Hasan Al-Banna pada 4hb April, 1939 M., di perhimpunan agung Ikhwanul Muslimin yang diadakan di ibu pejabat Ikhwan di Kaherah. Dalam syarahan ini, matlamat dan tujuan Ikhwan telah dijelaskan. Beliau juga membincangkan tugas serta kewajipan para belia. Makalah ini juga mengemukakan saranan supaya dilakukan pemberontakan terhadap kuasa-kuasa penjajah yang sedang menghancurkan masyarakat Mesir.

8) ‘Persoalan persoalan negara dari segi kaca mata Islam’.
Imam Hasan Al-Banna manulis makalah ini selepas tertubuhnya negara Pakistan. Beliau membincangkan masalah masalah politik negara Mesir dan negara­negara Islam yang lain. Turut dibincangkan ialah negara baru Pakistan yang sedang diancam oteh India dengan bantuan pihak Kornunis. Beliau membahagikan masalah yang dihadapi oleh negara Mesir kepada dua bahagian. Di samping itu, beliau juga membentangkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam bahagian pertama, beliau membincangkan segala keburukan yang ada corak kerajaan waktu itu dan kemudian beliau Memberi penyelesaian kepada masalah tersebut menurut dasar dasar Islam. Dalam bahagian kedua, dasar ekonomi diperbincangkan. Seterusnya, beliau menghuraikan sistern ekonomi Islam dan penyelesaian kepada masalah ekonomi Barat.

III Syarahan syarahan Imam Hasan AI Banna.
Buku ini mengandungi syarahan syarahan dan kuliah-kuliah Hasan Al-Banna. Ia merupakan satu khazanah ilmu.

IV Maqalat Hasan Al-Banna.
Buku ini ialah himpunan nasihat nasihat dan arahan arahan Imam Hasan Al­Banna kepada sahabat-sahabat dan para anggota Ikhwanul Muslimin

V Al-Ma’thurat.
Buku ini ialah himpunan do’a-do’a dan zikir yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri. la dibaca beramai-ramai oleh para anggota Ikhwan sebelum solat Maghrib. Ia merupakan pembaharuan ikrar mereka kepada Allah dalam.menjalankan dakwah Islamiah.

Syahidnya Imam Hasan Al-Banna.
Imam Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orang­orang Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu ialah 43 tahun.

Dalam umurnya yang begitu singkat, Imam Hasan Al-Banna telah melancarkan satu gerakan Islam yang benar yang mempengaruhi seluruh Dunia Islam. Gerakan ini membawa perubahan hebat kepada Dunia Arab. Ia telah menegakkan semula kebenaran dan kekuatan Islam. Hasan Al-Banna adalah seorang yang berwibawa dan berhati tabah. Beliau memiliki peribadi Muslim sejati. Setiap tindakannya melambangkan eiri-ciri hidup Islam. Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulamak besar Mesir, telah memuji Hasan Al-Banna dengan berkata demikian:

‘Peluru telah menembusi jasad Hasan Al-Banna yang kurus dan lemah kerana banyak bersolah dan berzikir kepada Allah. Jasadnya itu juga penuh dengan debu lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya melambangkan kebiasaannya dalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar. Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud; “Apabila seorang Mukrnin meninggal dunia, dia dibebaskan dari dunia dan dipindahkan ke dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan.”

insyaAllah bersambung

No comments:

Islam dan Waktu - Hassan alBanna

Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)

Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihitung dan dicatat. ”Sebenarnya Kami sentiasa mendengar, dan utusan-utusan Kami pun sentiasa mencatat di sisi mereka.”(Az-Zukhruf: 80).”Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya, dan Dia mengutus kepada kalian malaikat-malaikat penjaga.”(Al-An’am: 61) clock.jpgIslam datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia tak akan kembali. Kerana itu, Abu Bakar ra. Pernah berdoa,”Ya Allah, janganlah Engkau siksa kami secara tiba-tiba.” Allah SWT. telah memerintahkan kita untuk menggunakan waktu dalam empat perkara: * Pertama: Dalam perkara yang dapat menyelamatkan keagamaan kita, iaitu berupa ketaatan kepada Allah SWT. Ini terbahagi kepada dua:o Perkara-perkara yang difardhukan oleh Allah kepada kita dan tertentu waktunya, seperti salat, zakat, puasa, haji dan seterusnya.o Perkara-perkara yang dianjurkan oleh Allah kepada kita berupa amalan-amalan nafilah (sunnah), seperti tilawah Al-Quran, sodaqah, zikir dan membaca Selawat Nabi. * Kedua: Dalam perkara-perkara yang juga memberikan manfaat kepada kita , berupa mencari rezeki yang halal untuk keperluan kita dan keluarga yang kita tanggung. Jika hal ini kita lakukan dengan ikhlas, ia menjadi amal ibadah. Rasulullah saw. Bersabda.”Barangsiapa di petang hari keletihan kerana bekerja, di petang itu dia mendapat ampunan.” * Ketiga: Dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Itu merupakan bahagian dari bentuk penghampiran (qurbah) diri yang paling agung. Rasulullah saw. Bersabda, ”Barangsiapa keluar rumah untuk memenuhi hajat saudaranya, ia seperti orang yang melakukan iktikaf di masjidku ini selama sebulan.” Hal ini memuatkan hakikat bahawa manusia seluruhnya adalah ”keluarga” Allah. Orang yang paling dekat denganNya adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Kerana itu, engkau mesti dapat memberikan manfaat kepada mereka, sama ada dalam aspek material atau pun lainnya. * Keempat: Dalam perkara yang dapat memberi ganti atas sesuatu yang hilang dari kita, iaitu waktu istirehat. Kerana sesungguhnya badanmu itu mempunyai hak yang harus kau tunaikan. Kerana itu, tentukanlah waktu khusus untukmu, yang di situ kamu dapat memperbaharui kegiatanmu dan menyegarkan kembali semangatmu. Itu dapat dilakukan dengan cara berenang, memanah, menunggang kuda, santai yang baik, dan jenis-jenis ketrampilan olahraga lainnya. Sayangnya kita telah terbiasa untuk tidak mengenal nilai waktu dalam berbagai aktiviti kehidupan kita. Kita tidak menghargai waktu sebagaimana mestinya dan kita menggunakannya untuk hal-hal yang tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, seperti menonton filem, teater, tarian dan menghadiri kelab-kelab yang penuh maksiat. Kita bertaqlid kepada Eropah secara buta, lebih mengutamakan kegiatan itu daripada kegiatan yang baik dan amalan-amalan yang bermanfaat. Kita memohon kepada Allah SWT. taufiq yang kekal serta hidayah menuju jalan yang paling lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu kita Muhammad, serta keluarga dan para sahabatnya.