Detik-Detik Hidupku (Bahagian 1)
Posted on February 16, 2012
http://halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/02/16/detik-detik-hidupku/
LATARBELAKANG RINGKAS IMAM HASSAN AL-BANNA
Keadaan di Mesir pada zamannya.
Hasan
al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku
pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang
besar, yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna
dan Ikhwanul Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan.
Begitu bertenaga sekali gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja
merebak di Mesir, tetapi telah meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan
Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam dan roh Islam di Dunia Arab.
Jika
kita betul-betul hendak menghargai segala usaha beliau dan memahami
peribadinya, maka perlulah kita mengenali suasana (keadaan) dan zaman
ketika beliau dilahirkan, dibesarkan dan dididik. Disamping itu, kita
juga perlu mengetahui cabaran-cabaran dalaman dan antarabangsa yang
sedang mengancam Mesir ketika Imam Hasan al-Banna dilahirkan. Sekarang
kita akan mengkaji zaman ketika beliau dilahirkan dan peranan besar yang
dimainkan olehnya.
Detik-Detik Hidupku (Bahagian 2)
Posted on February 23, 2012
halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/02/23/detik-detik-hidupku-2/
Latarbelakang Keluarga Imam Hasan Al-Banna.
Datuk
Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau
tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya
bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti
Al-Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian.
Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. Satu
perselisihan faham telah berlaku antara kedua orang anaknya itu mengenai
pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah pusaka
yang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian
bapa mereka. Perselisihan ini boleh membawa kepada pertengkaran tetapi
Ahmad Al-Banna menyelesaikannya dengan menyerahkan kesemua bahagiannya
kepada Muhammad dan terus berpindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana.
Ahmad
bin Abdur-Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna, Di
Mahmoodiah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki
jam. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Separuh hari
dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk
mengkaji dan belajar AlQuran dan As-Sunnah. Di samping itu, Ahmad
Al-Banna juga mempunyai sebuah perpustakaan yang mengandungi berbagai
buku berharga mengenai Islam dan Sunnah.
Apabila penduduk kampung
tersebut membina sebuah masjid mereka sendiri, mereka telah menjemput
Ahmad Al-Banna menjadi imam solat Jumaat yang pertama di situ.
Kepetahannya bercakap dan khutbahnya yang ilmiah itu telah menarik hati
orang ramai. Beliau pun dilantik menjadi Imam dan Khatib tetap masjid
tersebut atas permintaan ramai. Ahmad Al-Banna menerima tugas tersebut
kerana mencari keredhaan Allah dan bukan kerana inginkan keuntungan
kebendaan.. Dia meneruskan kerjanya sebagai tukang membaiki jam untuk
menyara hidupnya dan masa lapangnya digunakan dalam mengkaji hadis.
Ahmad
bin Abdur Rahman Al-Banna menyusun banyak buku mengenai hadis. Beliau
menyusun semula Musnad Ahmad bin Hanbal menurut bab-bab di segi ilmu
Fiqh. Kitab ini dinamakannya ‘Al-Fathur-Rabbani Fi Tartib Musnad-ul Imam
Ahmad bin Asy-Syebani’. Kemudian beliau menulis pula huraian terperinci
mengenai kitab tersebut dan menamakannya ‘Bulugh-ul-Amani Min Asrarul
Fath-ur-Rabbani’. Beliau juga menulis huraian mengenai kitab Abu Dawud
dan menamakannya ‘Minhatul Mabud’. Di samping itu, beliau telah
menyunting Musnad dan Sunnan Imam Syafi’e dan menulis huraian
mengenainya. Karyanya dinamakannya ‘Badayi’-al Musnad Fi Jama Wa Tartib
Musnad-as-Syafi’e wal Sunnan’. Akhirnya beliau menyusun sebuah buku yang
menyentuh Masanid keempat Imam tadi. Ahmad Al-Banna adalah seorang
ulama yang cerdik. Kajiannya terhadap Islam telah menunjukkan
kecekapannya itu. Beliau telah melakukan kerja akademik secara
bersendirian saja.
Syeikh Ahmad bin Abdur-Rahman adalah seorang
manusia alim yang hebat. Dia wara’, berakhlak mulia dan bertaqwa.
Isterinya juga berperibadi mulia serta wara’. Isterinya berasal dari
Bani Abu Qurah. Dengan isteri pertamanya ini, Ahmad AlBanna memperolehi
tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan 2 perempuan. Anak anaknya itu
bernama Hasan Al-Banna (yang sulung), Abdur-Rahman Al-Banna, Fatimah
Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul Basit Al-Banna, Jamal Al-Banna dan
Fauziah Al-Banna. Syeikh Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri.
Dengan isteri kedua ini, dia memperolehi seorang anak perempuan yang
bernama Faridah Al-Banna.
Kelahiran dan Pendidikan Imam Hasan Al Banna.
Imam
Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau
dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Takdir Allah telah
menentukan tarikh kelahirannya itu supaya dapat mengisi kekosongan
akibat kematian pemimpin Muslim Mesir yang berwibawa dan tercinta iaitu
Mustafa Kamal.
Mahmoodiah bersuasana kedesaan dan merupakan
sebuah perkampungan petani. Para penduduknya menjalani kehidupan corak
lama (tradisional). Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat ‘alim dalam ilmu
Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam.
Imam
Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam
usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan.
Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam.
Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama
Madrasah Ar-Rasyad AsDiniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan
seorang ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.
Apabila
pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh
Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun
berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah.
Tahap
pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah.
Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A’adadiyah dan
menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan
saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki
Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat.pengajian yang berhubung terus dengan
Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang
ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan
Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih
memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus
di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai
sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru
oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung
pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah
(Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan,
beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi
umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya
yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran
‘Al-Azhar kecil’. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden.
Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Saikologi,
Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik
sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun
berpindah ke Kaherah.
Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan
Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal
dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama. Hasan
Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan
sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya
membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa
pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar
negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi
ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika
beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar
kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan dihabiskan
untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan bahawa
Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar
kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas
pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru.
Apabila beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya
baru menjangkau dua puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah
schingga tahun 1933 M.
Tugas Hasan Al-Banna Sebagal Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan AlIkhwanul Muslimin.
Imam
Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan
tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk
mengkaji dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha
dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna
berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah
yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan
kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat
sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya.
Dalam bulan Mac, 1928
M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna.
Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam.
Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang
terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan
masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M.
Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah.
Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke
matlamatnya.
Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna
telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di
Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul
Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di
Kaherah yang terkenal dengan nama ‘Jami’atuTahzib-al-Islami’.
Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap Islam.
Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan
Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka
juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan
Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah
diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Apabila Imam Hasan
Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha
Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran
itu, beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan
sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.
Perkabwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.
Hasan
Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya
itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin
as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik
dengan peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji
Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji
Hussin membantu Hasan AlBanna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya
menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari
sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan
Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak perempuan Haji Hussin
as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga seorang wanita
yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan dengan
ayat Al-Quran yang bermaksud: … dan wanita wanita yang baik adalah untuk
laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita
yang baik (pula). (Surah An-Nur, ayat 26.)
Latifah sangat setia
kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian hidup mereka telah
menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang
lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa,
Raja’a, Hajir dan Istisy’had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan
Istisy’had oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan
Al-Banna mati syahid.
Nama anak lelakinya ialah Ahmad Saiful
Islam. Beliau juga tabah dan berwibawa seperti bapanya. Ahmad Saiful
Islam berkelulusan di bidang ilmu perubatan dari sebuah Kolej Perubatan.
Beliau ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dan dihukum penjara
selama dua puluh lima tahun ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasir. Ada
pepatah Arab yang bermaksud: ‘Anak seekor singa adalah singa juga’.
Ahmad Saiful Islam memiliki segala sifat bapanya.
Hasil Tulisan Imam Hasan Al-Banna.
Imam Hasan Al-Banna adalah seorang
pendakwah Islam dan juga tokoh pembaharuan. Beliau tidak menurut
cara-cara Syed Rasyid Ridha. Hasan Al-Banna himpunkan sekumpulan
orang-orang Islam yang berwibawa serta mempunyai kesanggupan untuk hidup
dan mati dalam memperjuangkan Islam. Bellau ingin menegakkan cara hidup
Islam di Mesir. Lantaran itu, beliau menumpukan lebih banyak masanya di
sudut amali gerakannya, iaitu memberi latihan akhlak dan rohani kepada
para anggota Ikhwan. Pernah beliau ditanya, ‘Mengapakah awak tidak
mengarang buku?’ Imam Hasan Al-Banna menjawab, ‘Saya ‘menulis’ manusia.’
Ini bermakna beliau melatih manusia dari segi akhlak dan ilmu untuk
perjuangan Islam. Walau bagaimanapun beliau ada menulis beberapa buah
buku berikut:
I ‘Muzakirat ad-Da’awah wa-Dai’yiah’ (Catatan Dakwah dan Pendakwah).
Inilah
hasil karyanya yang terulung. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama menyentuh kehidupan peribadinya dan bahagian kedua pula
ialah mengenai kegiatan Ikhwanul Muslimin.
II ‘Risaail-Al-Imamu-Syahid.’
Buku
ini ialah himpunan beberapa makalah yang disusunnya pada waktu waktu
tertentu sepanjang hayatnya. Buku ini terbahagi kepada tajuk-tajuk yang
berikut:
1) ‘Risalatu Ta’alim.’
Buku kecil ini mengandungi
arahan-arahan yang diberinya kepada orangorang yang memasuki gerakan
Ikhwanul Muslimin. Ia ditunjukkan kepada para ahli Ikhwanul yang telah
berbai’ah. Dalam buku kecil ini, dia menjelaskan sepuluh dasar bai’ah:
Seterusnya
Imam Hasan Al-Banna menerangkan segala kewajipan ahli-ahli Ikhwan di
dalam semua bidang kehidupan selepas sahaja melakukan bai’ah. Beliau
juga menetaplcan peraturan-peraturan yang perlu di ikuti dan yang patut
ditinggalkan.
2) ‘Risalah Jihad’
Makalah ini menerangkan
kewajipan, kepentingan dan kelebihan Jihad. Imam Hasan Al-Banna menulis
makalah ini ketika para sukarelawan ‘Ikhwanul Muslimin’ melancarkan
Jihad terhadap Yahudi Palestin. Manakala ini merupakan panduan untuk
para mujahidin Islam.
3) ‘Da’watuna Fi Taauri Jadid’:
Makalah
ini bermaksud ‘Dakwah kami di tahap baru’. Makalah ini ditulis ketika
gerakan Ikhwanul Muslimin sedang pesat berkembang dan ramai para belia
sedang menganggotainya. Para penentang juga menyatakan keraguan mereka
terhadapnya. Imam Hasan Al-Banna juga menjelaskan, setiap kecaman yang
ditunjukkan kepada Ikhwan oleh para penentangnya. Beliau menerangkan
bahawa gerakan Ikhwan ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan
tertentu tetapi ia sebenarnya adalah bercorak sejagat dan merangkumi
seluruh umat manusia. Beliau juga menerangkan bahawa gerakan Ikhwan
berdasarkan Iman dan akal.
Makalah ini juga menerangkan pendapat
Ikhwan mengenai fahaman kebangsaan Mesir, fahaman kebangsaan Arab,
fahaman Orientalisme (Ketimuran) dan fahaman Universalisme (kesejagatan)
yang sedang melanda Mesir. Berhubung dengan perkara ini, Ikhwan
berpendapat seperti berikut:
‘Kami ingin menegakkan sebuah negara
Islam di Mesir. Negara Islam ini akan mengamalkan dasar-dasar Islam;
menyatukan orang-orang Arab dan memelihara kebajikan mereka dan
menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia daripada penindasan dan
kekejaman. Di samping itu, negara Islam ini akan menyebarkan Islam dan
menguatkuasakan undang-undang Allah.’
Di akhir makalah ini, Hasan
Al-Banna menyatakan hasratnya hendak membina sebuah masyarakat yang
terdiri daripada orang-orang perseorangan dan keluarga keluarga yang
berpegang teguh kepada Islam.
4) ‘Ar-Risail Ats-Tsalaasah’:
Karya
Hasan Al-Banna yang ini pula terdiri daripada tiga makalah. Tajuk
makalah yang pertama ialah ‘Apakah tugas kita?’. Tajuk makalah yang
kedua ialah ‘Ke arah mana kita menyeru manusia?’. Tajuk makalah yang
ketiga pula ialah ‘Risalah Cahaya’. Sebenarnya makalah yang ketiga itu
ialah surat Hasan Al-Banna kepada Raja Mesir Shah Faruq, Perdana Menteri
Mesir Nihas Pasya dan para pemimpin Negara-negara Muslim yang lain.
Surat tersebut ditulis dalam tahun 1936.
Surat ini menerangkan
dengan panjang dasar-dasar Islam, kebudayaan dan tamadun Islam. Beliau
menyatakan kesalnya kerana orang-orang Islam telah mengamalkan cara
hidup Barat sedangkan mereka mempunyai dasar fahaman (ideologi) mereka
sendiri yang lebih hebat. Beliau juga membuat perbandingan antara cara
hidup Islam dengan cara hidup Barat. Sebagai kesimpulan, beliau
menegaskan bahawa hanya Islam sahajalah yang merupakan penyelesaian
kepada segala masalah dan ia juga boleh menjamin kemajuan dan kebahagian
kepada sesebuah negara. Akhir sekali beliau memberi lima puluh
cadangan. Sepuluh cadangan berkaitan dengan politik, perundangan dan
pentadbiran. Tiga puluh cadangan menyentuh dasar-dasar kemasyarakatan
dan pendidikan. Sepuluh cadangan yang terakhir itu berhubung dengan
masalah ekonomi.
5) ‘Perbandingan di antara yang dahulu dan sekarang’.
Makalah
ini ialah yang pertama sekali ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna. Ianya
ditulis sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Dalam makalah
ini, beliau menerangkan dasar-dasar Islam dan ciri ciri pembaharuan
ummah. Pada peringkat awal, beliau membincangkan negara Islam pertama
yang berlandaskan AlQuran di bawah pimpinan baginda Rasulullah (s.a.w.)
sendiri. Berikutnya, beliau menyentuh sebab-sebab kejatuhan umat Islam.
Akhirnya, beliau mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin mengajak manusia
kepada kesejahteraan yang berkekalan.
6) ‘Risalatul Mu’tamarul Khamis’.
Makalah
ini merupakan syarahan Hasan Al-Banna di dalam Muktamar Kelima Ikhwanul
Muslimin. Dalam syarahannya ini beliau menilai kembali pencapaian
Ikhwanul Muslimin sepanjang sepuluh tahun yang lepas. Tiga perkara telah
dibincangkan:
i) Matlamat Ikhwanul Muglimin dan corak (uslub) dakwahnya;
ii) Dasar dasar dan cara-cara Ikhwanul Muslimin;
iii) Sikap dan dasar Ikhwanul Muslimin terhadap berbagai pertubuhan dan dasar-dasar fahaman lain di Mesir.
7) ‘Ikhwanul Muslimin di bawah panji-panji Al-Quran’.
Makalah
ini merupakan syarahan Imam Hasan Al-Banna pada 4hb April, 1939 M., di
perhimpunan agung Ikhwanul Muslimin yang diadakan di ibu pejabat Ikhwan
di Kaherah. Dalam syarahan ini, matlamat dan tujuan Ikhwan telah
dijelaskan. Beliau juga membincangkan tugas serta kewajipan para belia.
Makalah ini juga mengemukakan saranan supaya dilakukan pemberontakan
terhadap kuasa-kuasa penjajah yang sedang menghancurkan masyarakat
Mesir.
8) ‘Persoalan persoalan negara dari segi kaca mata Islam’.
Imam
Hasan Al-Banna manulis makalah ini selepas tertubuhnya negara Pakistan.
Beliau membincangkan masalah masalah politik negara Mesir dan
negaranegara Islam yang lain. Turut dibincangkan ialah negara baru
Pakistan yang sedang diancam oteh India dengan bantuan pihak Kornunis.
Beliau membahagikan masalah yang dihadapi oleh negara Mesir kepada dua
bahagian. Di samping itu, beliau juga membentangkan cara-cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Dalam bahagian pertama, beliau
membincangkan segala keburukan yang ada corak kerajaan waktu itu dan
kemudian beliau Memberi penyelesaian kepada masalah tersebut menurut
dasar dasar Islam. Dalam bahagian kedua, dasar ekonomi diperbincangkan.
Seterusnya, beliau menghuraikan sistern ekonomi Islam dan penyelesaian
kepada masalah ekonomi Barat.
III Syarahan syarahan Imam Hasan AI Banna.
Buku ini mengandungi syarahan syarahan dan kuliah-kuliah Hasan Al-Banna. Ia merupakan satu khazanah ilmu.
IV Maqalat Hasan Al-Banna.
Buku
ini ialah himpunan nasihat nasihat dan arahan arahan Imam Hasan
AlBanna kepada sahabat-sahabat dan para anggota Ikhwanul Muslimin
V Al-Ma’thurat.
Buku
ini ialah himpunan do’a-do’a dan zikir yang disusun oleh Imam Hasan
Al-Banna sendiri. la dibaca beramai-ramai oleh para anggota Ikhwan
sebelum solat Maghrib. Ia merupakan pembaharuan ikrar mereka kepada
Allah dalam.menjalankan dakwah Islamiah.
Syahidnya Imam Hasan Al-Banna.
Imam
Hasan Al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil
sehinggalah beliau menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat
langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan
kebajikan orangorang Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan
selalu mengkaji Al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati
syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di Kaherah. Umurnya ketika itu
ialah 43 tahun.
Dalam umurnya yang begitu singkat, Imam Hasan
Al-Banna telah melancarkan satu gerakan Islam yang benar yang
mempengaruhi seluruh Dunia Islam. Gerakan ini membawa perubahan hebat
kepada Dunia Arab. Ia telah menegakkan semula kebenaran dan kekuatan
Islam. Hasan Al-Banna adalah seorang yang berwibawa dan berhati tabah.
Beliau memiliki peribadi Muslim sejati. Setiap tindakannya melambangkan
eiri-ciri hidup Islam. Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulamak besar
Mesir, telah memuji Hasan Al-Banna dengan berkata demikian:
‘Peluru
telah menembusi jasad Hasan Al-Banna yang kurus dan lemah kerana banyak
bersolah dan berzikir kepada Allah. Jasadnya itu juga penuh dengan debu
lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya melambangkan
kebiasaannya dalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar.
Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud; “Apabila seorang
Mukrnin meninggal dunia, dia dibebaskan dari dunia dan dipindahkan ke
dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan.”
insyaAllah bersambung
Tuesday, July 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Islam dan Waktu - Hassan alBanna
Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)
Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.”




No comments:
Post a Comment