Detik-Detik Hidupku (Bahagian 5)
Posted on June 21, 2012
http://halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/06/21/detik-detik-hidupku-bahagian-5/
Pencapaian Hasan Al-Banna.
Hasan
Al-Banna yang dilahirkan daripada keluarga miskin di sebuah kampung
sunyi bernama Mahmoodiyah, telah syahid di jalanraya terbesar di
Kaherah. Pembunuhannya telah dirancang oleh pihak British, Yahudi dan
kerajaan Mesir sendiri. Beliau hidup hanya selama 43 tahun. Al Ikhwan
Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 1928 M. oleh Hasan Al Banna di mana
dalam masa dua puluh tahun sahaja, beliau telah membawa pembaharuan
kepada masyarakat Mesir yang sedang mengalami kemerosotan budaya,
politik dan agama. Beliau telah mengembalikan masyarakat Mesir ke
landasan Islam semula. Maka berkumandanglah cogan-cogan kata seperti:
‘Mencari keredhaan Allah ialah matlamat kami’, ‘Al-Quran ialah
perlembagaan kam’, ‘Jihad ialah jalan kami’ dan ‘Syahid di jalan Allah
ialah cita-cita kami’.
Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menulis
mengenai Hasan Al-Banna, ‘Hassan Al Banna suka bersolah dan berpuasa
semenjak kecil lagi. Kami selalu ke masjid untuk menunaikan solah Isya’.
Selepas itu beliau menghadiri majlis Tariqat Hasafiyah.. Kami beribadat
di situ agak lama juga. Ketika itu, tiada seorang pun orang luar di
situ. Waktu malam di situ selalunya sunyi senyap. Yang kedengaran
hanyalah suara orang beribadat.’
‘Berkali-kali Hasan Al-Banna
berkata, ‘Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja
dan jauhkan daripada menyembah bendabenda lain. Jika kau mencari
kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal
hanyalah Allah.’
Imam Hasan Al-Banna suka kepada orang-orang yang
warak dan soleh. Semenjak kecil lagi beliau suka bergaul dengan mereka.
Beliau pernah berkata, ‘Nikmat hidup yang sebenar boleh didapati
melalui pergaulan dengan orang yang soleh. Merekalah raja, ketua dan
bangsawan yang sebenar.’
Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang
sangat pemurah. Amin Ismail seorang anggota Ikhwan telah menyebut sifat
pemurah Hasan Al-Banna:
‘Suatu hari beliau membawa saya menemui
seorang tukang jahit. Beliau telah menyerahkan jubahnya kepada tukang
jahit tersebut untuk dijahit. Kami berjalan melalui sebuah lorong yang
sempit dan gelap di kawasan Al Maghrabeen. Tukang jahit itu bangun dan
menyerahkan jubah Hasan Al-Banna tanpa mengalu-alukan kedatangan kami.
Dia terus meminta upah sebanyak tiga paun. Imam Hasan Al-Banna
memberinya lima paun, mengambil jubah tadi dan bersedia untuk beredar
dari situ. Terfikir saya hendak mengambil baki wang dua paun itu tetapi
Hassan Al-Banna menahan saya. Sedarlah saya bahawa Imam Hasan Al-Banna
tidak mahu saya mengambil baki wang: dua paun itu. Dalam perjalanan
pulang, kami bertemu seorang pengemis, Imam Hasan Al-Banna menyuruh saya
memberi satu riyal kepada pengemis tersebut. Baru saya tahu bahawa Imam
Hasan Al-Banna ada wang sebanyak lima paun saja dan kesemua wang itu
telah diberikan kepada tukang jahit tadi. Kini dia tidak berwang lagi.
Imam Hasan Al-Banna bersifat pemurah sehingga ke akhir hayatnya.’
Seorang
anggota Ikhwan terkenal, Bahi Al Khouli ada menyebut mengenai Hasan
Al-Banna: ‘Dalam tahun 1932, beberapa tahun selepas tertubuhnya Al
Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna telah ditawarkan satu jawatan tinggi
oleh pihak kerajaan. Tawaran itu dibuat untuk memesongkan fikiran Hasan
Al-Banna daripada usaha dakwah Islamiahnya. Hasan Al-Banna menolak
tawaran itu secara kasar dan pegawai kerajaan yang mengemukakan tawaran
tersebut berasa malu. Jika beliau menerima tawaran tersebut,
anak-anaknya sudah tentu akan hidup mewah sehingga menimbulkan iri hati
orang lain. Namun begitu, Imam Hasan Al-Banna tidak inginkan keuntungan
duniawi.’
‘Pihak British juga menawarkan kepadanya beribu ribu
paun ketika bermulanya Perang Dunia Kedua. Wakil British memberitahu
Hasan Al-Banna bahawa pihak British bersedia memberi wang yang
diperlukannya. Hasan Al-Banna menghalau wakil British tadi yang cuba
membeli maruahnya. Akhirnya British membuat kesimpulan bahawa Hasan
Al-Banna tidak dapat dipengaruhi emas atau perak.’
‘Al Ikhwanul
Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan. Imam Hasan Al-Banna
menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut.
Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan
syarikatsyarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan
cuba menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak
sambil berkata, ‘Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada
manusia. Saya akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.’ Beliau
menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang perdagangan dan
perniagaan.’
Pihak musuh telah melemparkan berbagai tuduhan terhadap Imam Hasan AlBanna. Di antara tuduhan tuduhan tersebut ialah:
Dia adalah seorang pengintip upahan dan perasuah;
Dia menerima bantuan asing berjumlah beribu-ribu paun;
Dia memiliki banyak kereta dan saham di dalam banyak syarikatsyarikat.’
Begitu
hebat sekali tuduhan mereka. Tetapi apabila beliau mati dibunuh oleh
musuh-musuhnya, beliau miskin sekali sehingga beliau tidak mampu
memiliki sebuah rumah pun di Kaherah. Beliau menyewa sebuah rumah dengan
membayar 1 paun 80 Qursh sebulan. Ketika beliau syahid, anak-anaknya
tidak mempunyai sumber pendapatan langsung.’ (Al Imam-us-Syahid)
Mufti Besar Palestin, Haji Amin Al Hussaini memberi pandangannya:
‘Saya
menemui Imam Hasan Al-Banna buat pertama kalinya pada tahun 1946,
ketika saya kembali ke Mesir dari Eropah. Saya berbual dengannya dan
dapati beliau seorang manusia yang berhati bersih. Hubungan kami pun
semakin erat. Beliau memiliki sifat dan akhlak yang mulia. Di samping
itu, beliau juga seorang yang lemah lembut, bijaksana dan berazam kuat.
Kesemua ciri-ciri peribadi ini berakar umbi di dalam dirinya lantaran
kuat imannya terhadap Allah. Beliau juga seorang juga sangat tabah dan
mampu berkorban. Nilai-nilai peribadi yang unggul ini menjadikannya
seorang pemimpin Islam yang terkenal dan diminati. Saya pernah
menziarahinya dan mendapati rumahnya sangat sederhana sekali.’
‘Saya
pernah bertemu Hasan Al-Banna dalam satu majlis. Majlis itu dianjurkan
oleh bekas Setiausaha Negara, Abdur-Rahman Azzam untuk meraikan Muhammad
Ali Jinnah. Muhammad Ali Jinnah diiringi oleh Nawabzada Liaquat Ali
Khan. Saya dan Hasan Al-Banna merupakan orang yang pertama sampai ke
majlis. Kami berbual dengan para pernimpin Pakistan agak lama juga.
Kemudian para jemputan lain pun tiba seorang demi seorang. Saya lihat
Hasan Al-Banna mempelawakan tempat duduknya kepada setiap tetamu yang
baru tiba dan beliau beredar ke belakang. Hal ini berterusan sehingga
akhirnya beliau mendapat tempat duduk yang berdekatan dengan pintu masuk
dewan makan. Apabila semua tetamu sudah tiba, Abdur-Rahman Azzam
menjemput mereka masuk ke dewan makan, Imam Hasan Al-Banna yang duduk di
hujung sekali berada berdekatan dengan dewan makan. Saya terus
mernerhatikan dan sedarlah saya bahawa beliau adalah seorang yang
berperibadi mulia. Beliau juga mempunyai kepandaian luar biasa dalam
menyelesaikan masalah-masalah sukar. Setiap kali saya terkenangkannya,
saya akan menyuarakan kata-kata berikut: ‘Alangkah baiknya jika masa
dapat menghasilkan orang yang seperti itu sekali lagi. Tetapi masa
terbukti terlalu kedekut untuk berbuat demikian.’
Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai peribadi Imam Hasan Al-Banna seperti berikut:
‘Jika
mesyuarat diadakan di atas tanah, Hasan Al-Banna akan duduk di atas
guni. Hasan Al-Banna suka duduk di kerusi belakang. Wajahnya selalu
kelihatan riang dan berseri-seri. Biasanya beliau memakai jubah dan
kepalanya berserban. Beliau menggunakan bahasa yang mudah dan fasih
ketika berbual dengan orang lain. ketika berbincang, beliau kerap
menyebut ayat-ayat Al-Quran. Beliau telah menghafal seluruh Al-Quran
dengan baik sekali dan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu.’
Bahi
al Khouli menulis mengenai Hasan Al-Banna seperti berikut: ‘Imam Hasan
Al-Banna menjalani kehidupan dengan penuh kemuliaan. Beliau berpuas hati
dengan makanan yang didapatinya dan juga pakaian yang mampu
dimilikinya. Rumahnya kecil dan tidak mencukupi untuk menampung
keluarganya yang ramai itu. Corak hidupnya sederhana sekali. Beliau
tidak pernah terfikir untuk meninggalkan harta pesaka yang banyak untuk
isteri dan anak-anaknya. Beliau menyampaikan risalah Allah kepada orang
ramai dan hal ini menyejukkan matanya dan menyenangkan hatinya.’
‘Imam
klassan Al-Banna adalah seorang yang berfikiran luas. Beliau mengajak
manusia mencintai Allah dan melakukan kebaikan. Satu hari, beliau telah
melawat ke kawasan hulu Mesir. Sekumpulan paderi Kristian dan para
pengikut mereka telah datang menemui Hasan Al-Banna. Ketika berbual,
Hasan Al-Banna telah menyebut ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh Nabi Isa
(a.s.) dan Siti Mariam (a.s.). Mula-mula beliau mernbaca ayat-ayat
tersebut, kemudian barulah mentafsirkannya. Orang-orang Kristian itu
menyangka pertemuan tersebut diatur khas untuk mereka kerana tidak
disentuh langsung masalah orang-orang Islam. Mereka begitu tertarik
sekali dengan Imam Hasan Al-Banna kerana beliau tidak menunjukkan sikap
prasangka atau sikap buruk terhadap mereka seperti kebanyakan ulamak
Islam yang lain.’
Imam Hasan Al-Banna sangat baik dan sayang
kepada rakan-rakan sepejabatnya Amin Ismail, salah seorang sahabatnya
telah berkata, ‘Beliau selalu rnenyemak kerja-kerja saya di pejabat dan
membetulkan sebarang kesilapan yang ada. Ketika beliau membetulkan
kesilapan saya, saya tidak berasa diri saya telah melakukan kesilapan.
Ketika itu saya berasa segala kata-katanya adalah betul. Apabila beliau
mengambilkan surat-surat yang telah disemak dan diperbetulkannya, beliau
pun berkata dengan penuh kasih sayang, ‘Awak boleh menyemak pembetulan
yang saya lakukan. Awak juga bolch menambah atau memotong yang mana awak
suka. Saya bersumpah bahawa saya tidak suka menambah atau memotong
sesuatu.’
Beliau selalu menziarahi rumah saya setiap kali saya
mendapat cahaya mata. Beliau merawat saya ketika saya jatuh sakit.
Ketika saya berada di dalam kesusahan beliau mententeramkan saya
walaupun saya hanya seorang kerani biasa di pejabat. Beliau adalah
seorang yang sangat sibuk dan hanya tidur beberapa jam sahaja pada waktu
malam. Beliau makan dua kali sehari dan makanannya pun sedikit sahaja.
Ketika
membuat lawatan, beliau mengucapkan salam kepada setiap anggota
rombongan sambil bertanya khabar anak-anak mereka dengan menyebut
nama-nama mereka dan mengenai pelajaran anak-anak mereka. Bahkan saya
telah melihat beliau bertanya khabar keadaan binatang-binatang yang
mereka miliki. Daya ingatannya sangat kuat hingga mampu mengingati
butir-butir yang terperinci.’
‘Saya sangat sayang pada Imam Hasan
Al-Banna. Saya pernah mengadu kepadanya, ‘Ya sayyidi, Allah belum
memaafkan saya dan tidak sukakan saya. Buktinya ialah saya telah
berusaha menghafal satu muka surat kitab suci Al-Quran sepanjang malam
tetapi gagal. Ini bermakna saya masih tidak diberkati Allah.’ Melihat
keadaan saya yang sedih itu, Imam Hasan Al-Banna menepuk belakang saya
sambil menyapu air mata saya yang sedang mengafir itu, lalu berkata,
‘Apabila seorang manusia menangis kerana Allah, maka Allah sentiasa
bersedia untuk memaafkannya. Saidina Umar Al-Khattab (r.a.) sendiri
tidak dapat menghafal seluruh Al-Quran.’ Saya puas hati dengan
jawapannya itu.’
‘Beliau pernah menjemput saya ke rumahnya.
Sebaik sahaja beliau nampak saya, beliau terus memegang tangan saya
sambil berkata. ‘Mari kita memperbaharui bai’ah (sumpah setia kita.)’
Saya pun meletakkan tangan saya atas tangan Imam Hasan Al-Banna dan kami
pun memperbaharui sumpah setia kepada Allah dan RasulNya. Selepas itu
beliau berkata, ‘Saya melantik awak menjadi anggota Majlis Tertinggi.’
‘Imam
Hasan Al-Banna telah mengetuai tunjuk perasaan mengenai masalah
Palestin yang dianjurkan olch Ikhwan di Kaherah. Ketika kami tiba di ‘Al
Mutabatul Khizra’, pihak polis pun menyerang para penunjuk perasaan.
Imam Hasan Al-Banna tampil ke hadapan dan meminta polis jangan
melepaskan tembakan. Namun begitu, pihak polis terus melepaskan tembakan
dan Hasan Al-Banna mengangkat tangannya. Kedua dua tangannya itu cedera
parah kena tembakan. Beliau menenteramkan kami dengan mengatakan tidak
ada apa yang perlu dibimbangkan tapi kami sedar bahawa kedua tangannya
telah cedera kena peluru.’
‘Imam Hasan Al-Banna menyampaikan
ceramah mengenai Al-Quran pada setiap hari Rabu di kawasan ‘Al
Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik,
seperti berikut; ‘Adakah bercinta itu halal atau haram?’
Hasan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab, .Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.’
‘Imam
Hasan Al-Banna sangat kasih kepada para anggota bawahan Ikhwan. Orang
lain pulang ke rumah untuk makan tengahari tetapi beliau makan dengan
orang bawahannya.’
Kata Abdur-Rahman Al-Banna; Imam Hasan
Al-Banna sangat gigih berdakwah. Kami menghadiri ceramah ceramahnya.
Kami begitu tertarik dengan kegigihan dan kesungguhannya sehingga kan
kami lupa kepada dunia. Beliau pernah berkata, “Duhai manusia, datanglah
kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah (s.a.w.)
datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah
(s.a.w.). Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah
(s.a.w.), patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”
‘Baginda
Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar
segala-galanya. Rasulullah (s.a.w.) hidup di dalam hati-hati yang
mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih
sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’
‘Setiap kali
Imam Hasan Al-Banna melakukan lawatan kerana kerja dakwahnya, beliau
tinggal di masjid. Kerap kali beliau melakukan lawatan tersebut pada
bulan Ramadhan. Beliau tinggal di masjid dan juga berpuasa di situ.
Beliau berbuka puasa dengan buah tamar dan air. Apabila orang datang ke
masjid untuk bersolah, mereka melihat ada orang baru di situ. Imam Hasan
Al-Banna pun menyampaikan ceramahnya selepas saja bersolah. Tidak lama
kemudian, barulah orang sedar bahawa penceramah tersebut adalah Imam
Hasan Al-Banna.’
‘Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Ismailiah,
beliau dapati para penduduk di situ terlibat di dalam pertikaian agama.
Mereka terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bernama ‘Salafi’ dan
yang satu lagi ialah ‘Soofi’. Ketika bersolah, anggota salah satu
kumpulan tidak mahu berimamkan anggota daripada kumpulan yang satu lagi.
Dalam suasana beginilah Imam Hasan Al-Banna memulakan tugas dakwah
Islamiahnya. Tempat beliau memulakan tugas dakwahnya bukanlah di masjid
tetapi di kedai-kedai kopi. Dasar dasar dakwahnya ialah:
Perpaduan ummah mesti dikekalkan;
Kesernua kumpulan perlu sepakat di dalam perkara-perkara dasar Islam;
Kata-kata Imam Syafi’e yang ini perlu menjadi dasar: ‘Setiap kali
saya bertikai dengan seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah
menjelaskan kebenaran melalui lidah lawan saya itu’;
Tujukan segala saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala kesilapan kepada diri sendiri;
Orang lain perlu dihormati ketika berlaku perbezaan pendapat;
Sebarang perbalahan perlu dielakkan;
Perlulah diingat bahawa usaha yang baik itu boleh berbeza-beza (caranya);
Sebarang persefahaman harus menghasilkan kerjasama. Dalam sebarang
perselisihan, kita hendaklah menganggap pihak yang satu lagi itu
berkemungkinan melakukan kesilapan;
Perlu bersatu ketika menentang musuh bersama;
Ruang lingkup tindakan perlu diperluaskan;
Perlu ada rasa kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah dia dikecam dan disindir.’
Imam
Hasan Al-Banna adalah seorang yang benar-benar beriman. Allah telah
melimpahkan berkat kasih-Nya kepada Hasan Al-Banna. Beliau telah
menunjukkan arah perjuangannya kepada para sahabatnya semenjak sebelum
Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu, perjuangan Al Ikhwanul Muslimin
masih di peringkat awal dan belum lagi melalui ujian dan cabaran yang
hebat. Berikut ialah kenyataannya ketika itu, yang ditujukan kepada para
sahabatnya:
‘Wahai anggota Ikhwan, ramai daripada kamu semua
masih belum menyedari sepenuhnya perjuangan Al Ikhwan. Ketika tiba hari
kamu menyedari dan memahami perjuangannya, maka kamu akan menghadapi
banyak penentangan dan permusuhan. Kamu dapati diri kamu diselubungi
oleh kesukaran dan kesusahan. Perjalanan kamu akan dirintangi oleh
banyak halangan. Apabila kamu berjaya mengatasi halanganhalangan ini
barulah kamu akan menjadi pembawa panji-panji Islam yang sebenar. Hari
ini kamu tidak dikenali, tetapi kamu akan merintis jalan perjuangan
Ikhwan. Perjuangan ini memerlukan banyak pergorbanan. Oleh itu, kita
haruslah bersedia. Kejahilan orang terhadap Islam juga merupakan
halangan perjalanan kamu. Para ulamak rasmi akan menunjukkan rasa
terkejut apabila melihat cara kamu berdakwah. Jihad yang kamu lancarkan
atas nama Allah tidak akan dihargai. Para pemerintah, pemimpin dan
golongan kaya akan berasa iri hati terhadap kamu. Kerajaan akan
menentang kamu dan akan berusaha menyekat segala kegiatan kamu serta
melempar onak dan duri di sepanjang perjalanan perjuangan kamu. Pihak
yang berkepentingan akan menggunakan segala cara yang mungkin untuk
menggagalkan perjuangan kamu. Pihak yang lemah dan pengecut akan
menggunakan kerajaan untuk tujuan tersebut. Orang-orang yang berakhlak
buruk akan sentiasa menentang kamu. Ada pula golongan yang meragui
perjuangan kamu lalu melemparkan berbagai tuduhan. Mereka akan memberi
gambaran yang salah terhadap perjuangan kamu dan di samping itu, mereka
juga memiliki kuasa, kekayaan dan pengaruh. Dalam keadaan beginilah kamu
dikira benar-benar telah memasuki gelanggang pengalaman dan ujian. Kamu
akan dipenjarakan, dibuang dan dihalau dari rumah kediaman. Harta kamu
akan dirampas, rumah kamu digeledah dan tempoh ujian ini mungkin memakan
masa yang lama. Namun begitu, Allah telah berjanji bahawa Dia akan
membantu para Mujahidin dan memberi ganjaran kepada para mukmin.’
(Risaail Imam Al-Banna)
insyaAllah bersambung
Tuesday, July 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Islam dan Waktu - Hassan alBanna
Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)
Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.”




No comments:
Post a Comment