Detik-Detik Hidupku (Bahagian 4)
Posted on June 14, 2012
http://halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/06/14/detik-detik-hidupku-bahagian-4/
Penubuhan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah.
Sebaik
sahaja Imam Hasan Al-Banna menamatkan pengajiannya di Darul Ulum,
Kaherah, beliau telah dilantik menjadi guru di sebuah sekolah di
Ismailiah (iaitu pada tahun 1927). Di Ismailiah, beliau mula mencari
peluang untuk melancarkan usaha dakwahnya. Selepas mengkaji suasana di
Ismailiah dengan teliti, beliau pun mengambil keputusan tidak akan
berdakwah kepada para pengunjung rnasjid. Beliau memilih kedai-kedai
kopi dan tempat-tempat lain yang seumparna itu sebagai sasaran
dakwahnya.
Dalam masa yang singkat sahaja, Imam Hasan Al-Banna
telah berjaya menawan hati para penduduk Ismailiah. Beliau juga
berpeluang melihat sendiri kebiadapan penjajah ketika memerintah
Ismailiah. Ismailiah ialah kubu tentera British. Hasan Al-Banna benci
dengan keadaan politik yang wujud di Ismailiah ketika itu. Ada dua tugas
penting menunggunya. Pertama, beliau. perlu menghilangkan pengaruh
kuasa penjajah. Yang kedua pula beliau harus berdakwah untuk menjelaskan
dasar-dasar Islam kepada para penduduk Ismailiah. Kebanyakkan masanya
adalah di dalam. melaksanakan tugas tadi. Usahanya itu telah
inendatanglcan hasil yang baik. Akhir sekali, ‘Al Ikhwan Muslimin’ pun
ditubuhkan di rumahnya. Ikhwanul Muslimin bertujuan membawa pembaharuan
Islam kepada kehidupan perseorangan dan masyarakat Ismailiah. Penekanan
Al Ikhwanul Muslimin ialah kepada pengislaman masyarakat Mesir
seluruhnya.
Hasan Al-Banna menggunakan empat cara dalam
melaksanakan tugasnya di Ismailiah. Langkah pertama ialah menjadikan
setiap orang perseorangan itu Muslim yang sebenar. Langkah kedua ialah
mewujudkan keluarga Muslim yang sebenar. Langkah ketiga pula ialah
mendirikan sebuah Ummatul Muslimin (masyarakat Islam sebenar). Manakala
langkah keempat ialah menegakkan sebuah negara Islam sejagat di Mesir.
Selepas penubuhan Al Ikhwan Muslimin, Imam Hasan Al-Banna tinggal di
Ismailiah selama lima tahun. Beliau telah membawa perubahan yang besar
kepada masyarakat Ismailiah sepanjang tempoh tersebut. Sebuah pusat
gerakan dan masjid yang diberi nama ‘Darul Ikhwan’ telah didirikan di
Ismailiah dalam tempoh dua tahun sahaja. Cawangan-cawangan Ikhwanul
Muslimin telah dibuka di Abu Suwair, Pelabuhan Sa’id, Balah dan
Syabrakhit. Sebuah cawangan telah dibuka di Suez pada tahun ketiganya.
Pada tahun keempat, sepuluh cawangan lagi telah dibuka. Sebuah sekolah
lelaki yang diberi nama ‘Sekolah Hira’ dan sebuah sekolah perempuan yang
diberi nama ‘Sekolah Ummatul Mu’minin’ telah didirikan di Ismailiah.
Setiap cawangan Ikhwan membina masjid sendiri dan kadang kala kelab
Ikhwan juga didirikan.
Penukaran Imam Hasan Al-Banna ke Kaberah.
Dalam
tahun 1933, Imam Hasan Al-Banna meminta ditukarkan ke Kaherah. Beliau
ingin menjadikan Kaherah sebagai gerakan Ikhwanul Muslimin. Oleh itu,
beliau menjalankan usaha yang gigih untuk mencapai tujuan itu. berikut
ini ialah kata kata Hasan Al-Banna sendiri yang ditulisnya dalam tahun
1934:
‘Risalah dan fahaman Ikhwan telah merebak ke lebih lima
puluh tempat di Kaherah. Penubuhan cawangan-cawangan ini telah diikuti
oleh pelancaran rancanganrancangan yang berfaedah. Contohnya di
Ismailiah, sebuah masjid telah dibina beserta pusat gerakan Ikhwan. Di
samping itu, sebuah kelab dan sekolah Latihan Kemahiran (Vokesyenal)
telah didirikan di Syabrakhit. Para penuntut yang tidak berupaya
menamatkan pengajian mereka dibenarkan masuk ke sekolah Latihan
Kemahiran. Berikutan itu, sebuah kilang kain dan sebuah kilang
permaidani telah dibina di Mahmoodiyah. Di samping itu, sebuah Madrasah
untuk mengajar Al-Quran dan ASunnah juga telah dibuka di Mahmoodiyah.
Madrasah yang serupa juga telah dibuka di Daqahliyah.’
Gerakan yang berjaya.
Pada
mulanya kegiatan pimpinan Imam Hasan Al-Banna terhad kepada usaha
pembaharuan masyarakat umum sahaja. Tetapi dalam tahun 1935, Imam Hasan
AlBanna mula bergiat dalam politik. Beliau memberi syarahan-syarahan
dan menulis surat menyeru pihak kerajaan agar menumpukan perhatian
kepada usaha pembaharuan masyarakat. Isi surat-surat tersebut
membayangkan keinginannya hendak membawa perubahan menyeluruh dalam
corak pendidikan, ekonomi, masyarakat dan politik agar bertepatan dengan
dasar dasar Islam. Hasan Al-Banna meneruskan perjuangannya semenjak
zaman Muhammad Mahmood Pasya sehinggalah ke detik pecahnya Perang Dunia
Kedua. Al Ikhwanul Muslimin menjadi sebuah gerakan revolusi sepenuhnya
dalam tahun 1938. Pada tahun yang sama, Hasan Al-Banna pernah berkata:
‘Gerakan
ini berlandaskan rancangan-rancangan yang mencakupi setiap sudut
pembaharuan masyarakat. Ikhwan ialah sebuah gerakan keagamaan kerana ia
mempertahankan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia bertujuan membentuk masyarakat
menurut dasar-dasar Islam dan merupakan satu sistem Sunnah di mana
setiap ahlinya berusaha dengan gigihnya untuk mengikuti Sunnah
Rasulullah (s.a.w.). Ikhwan juga adalah satu rangkaian tasawwuf kerana
ia tahu bahawa setiap perkara yang baik itu berdasarkan taqwa dan
kecintaan kepada Allah. Ikhwan juga ialah sebuah pertubuhan politik
kerana ia ingin pembaharuan politik berlaku di dalam dan di luar negeri.
Ia ingin melatih negara (Mesir) supaya mendapat tempat yang mulia dan
tinggi di dunia. Ia merupakan satu kumpulan latihan jasmani di mana para
anggotanya menjalani latihan jasmani secara berpasukan untuk memelihara
kesihatan mercka. Mereka juga mengadakan pertandingan dengan pasukan
pasukan lain. Ikhwan juga ialah sebuah pertubuhan yang terlibat dalam
pendidikan dan kebudayaan yang sihat. Ikhwan Muslimin merupakan Bank
Kerjasama Kewangan kerana Islam juga mampu menyelesaikan masalah
kewangan. Al-Ikhwanul Muslimin berusaha membuka bank-bank Islam dan
mengukuhkan ekonomi negara. Ikhwan juga merupakan satu pertubuhan
kemasyarakatan kerana para anggotanya menjalankan usaha mengesan
kemungkaran-kemungkaran di dalam masyarakat dan mengemukakan cara-cara
untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah tersebut.’
Kemajuan Gerakan Ikhwanul Muslimin.
Muhammad
Syauqi Zaki menulis seperti berikut: ‘Dari tahun 1939 sehinggalah tahun
1945, Ikhwanul Muslimin telah memasuki satu tahap baru dalam arena
politik. Kegiatan dan rancangannya telah berkembang luas dengan kadar
yang luarbiasa sekali. Ramai penuntut Universiti Al-Azhar dan Universiti
Kaherah memasuki Al Ikhwanul Muslimin. Di samping itu, buruh-buruh,
para saudagar, guru guru. Para doktor dan peguam juga turut menyertai
gerakan Ikhwanul Muslimin. Justeru itu, Al Ikhwanul Muslimin merupakan
satu: gerakan yang mewakili hampir semua peringkat masyarakat. Di
samping usaha membaiki keadaan ekonomi negara, Ikhwanul Muslimin juga
terlibat di dalam kegiatan sukan dan latihan jasmani. Semua cawangan
Ikhwan di Mesir mempunyai jentera pentadbiran yang tersusun rapi dan
berjalan lancar. Akhirnya, Al Ikhwanul Muslimin menjadi satu gerakan
yang disegani.’ (Al Ikhwanul Muslimin Wal Mujtami’ Al Misri).
Dalam
tempoh ini juga (1939-1945), Ikhwan terpaksa menghadapi berbagai
kesukaran. Ianya bermula di zaman pemerintahan Sirri Pasya. Kedutaan
British dan Pemerintahan Tertinggi British mengenakan tekanan terhadap
Kerajaan Mesir agar mengawal pertumbuhan pesat gerakan Ikhwan. Berikutan
itu, dua majalah mingguan Ikhwan, iaitu ‘Al Syua’ra’ dan ‘At Ta’aruf’
telah diharamkan. Alat pereetakannya dirampas dan semua akhbar telah
dilarang menerbitkan sebarang berita mengenai kegiatan Ikhwan. Pihak
kerajaan juga tidak membenarkan Ikhwan mengadakan sebarang mesyuarat
atau perjumpaan di seluruh negara. Akhirnya pihak kerajaan menyusun
rancangan untuk mengasing-asingkan para pemimpin Ikhwan. Imam Hasan
Al-Banna yang masih bertugas sebagai guru itu telah ditukarkan (dari
Kaherah) ke Qina. Setiausaha Asung Ikhwan telah ditukarkan ke Damyat.
Apabila Parlimen Mesir membantah, mereka pun dipanggil semula. Mereka
telah ditangkap sebaik sahaja mereka tiba di Kaherah. Namun begitu,
suasana ketika itu memaksa pihak berkuasa membebaskan mereka selepas
beberapa waktu.
Apabila Nihas Pasya memegang teraju pemerintahan,
beliau menunjukkan sikap yang lembut terhadap Ikhwan. Dalam tahun 1944,
Nihas Pasya telah dipecat dan kekuasaan telah beralih ke tangan Ahmad
Mahir Pasya. (Ahmad Mahir Pasya gerakan Ikhwan.) Beliau juga
mengisytiharkan perang terhadap Itali dan Jerman atas desakan British.
Ikhwan membangkang keputusan tersebut dan meminta ianya ditarik balik.
Tidak lama kemudian, scorang lelaki bernama Alyeeswi telah membunuh
Ahmad Mahir Pasya. Nuqrasyi Pasya menggantikan tempat Ahmad Mahir Pasya.
Beliau menangkap Imam Hasan Al-Banna, Setiausaha Agung Ikhwan dan para
pemimpin Ikhwan yang lain.
Gerakan Menentang Penjajahan British.
Sebaik
saja Perang Dunia Kedua berakhir dalam tahun 1945 pihak Ikhwan terpaksa
menghadapi beberapa masalah yang genting. Kerajaan British berjanji
hendak memberi kemerdekaan kepada Mesir jika ia menyebelahi British di
dalam Perang Dunia Kedua. Selesai saja Perang Dunia Kedua, Ikhwan.
Muslimin menjalankan usaha besar-besaran menentang pihak British dan
mendesaknya supaya menunaikan janji yang telah dibuatnya. Disamping itu,
Ikhwan juga memulakan kegiatannya di dalam keadaan baru di Mesir.
Pada
8hb Oktober, 1945, Ikhwan telah mengadakan satu mesyuarat agung.
Beberapa pindaan perlembagaan telah dibuat untuk menyesuaikannya dengan
keadaan yang telah berubah itu. Ikhwan juga telah menubuhkan beberapa
syarikat baru dan hal ini telah menambahkan lagi pendapatannya. Pihak
Ikhwan juga menerbitkan akhbar harian bernarna ‘Al Ikhwan’. Pasukan
sukarelawan Ikhwan juga telah disusun. Pusat latihan ketenteraan telah
dibuka di berbagai tempat di Mesir. Pihak Ikhwan telah menjalankan usaha
yang ikhlas untuk menyatupadukan Negara-negara Arab. Tugas dan
tanggungjawab telah dibahagi-bahagikan. Para anggota Ikhwan
memperbaharui baiah (sumpah setia) mereka dengan Hasan Al-Banna dan
memilihnya sebagai pemimpin seumur hidup.
Ikhwan Muslimin kian maju.
Kemajuan
Al Ikhwan Muslimin telah dicatitkan oleh Muhammad Syauqi Zaki seperti
berikut: ‘Di Mesir saja, jumlah anggota, lkhwan yang betul betul bergiat
(aktif) menjangkau angka setengah juta (yakni 500,000) orang. Jumlah
penyokong dan pembantu pula melebihi setengah juta orang. Terdapat dua
ribu cawangan di Mesir dan lima puluh cawangan di Sudan. Banyak lagi
cawangan dibuka di Negara-negara Arab yang lain.’
Penglibatan Al Ikhwan dalam Perang Palestin.
Imam
Hasan Al-Banna mengisytiharkan jihad terhadap British ketika Nuqrasyi
Pasya memerintah Mesir. Hal ini membangkitkan semangat kemerdekaan di
seluruh negara. Kerajaan Nuqrasyi Pasya tidak mampu menghadapi gerakan
Ikhwan dan terus meletak jawatan. Teraju kerajaan seterusnya diambil abh
oleh Ismail Sidqi Pasya. Beliau juga menzalimi dan menindas Al Ikhwanul
Muslimin. Akhirnya, Ismail Sidqi Pasya juga meletak jawatan. Sekali
lagi Nuqrasyi Pasya mengambil alih kerajaan pada 10hb Disember, 1946.
Berlakulah pertentangan antara pihak Ikhwan yang memperjuangkan
kebebasan dengan Nuqrasyi Pasya dan pihak British. Pertentangan antara
kedua pihak ini memakan masa yang lama dan merumitkan lagi masalah
Palestin.
Ikhwan ialah pembela Palestin yang utama. Ikhwan telah
mengadakan satu perarakan besar-besaran pada 12hb Disember, 1947.
Perarakan itu bermula di Universiti Al-Azhar di bawah pimpinan Imam
Hasan Al-Banna. Beliau menaiki sebuah kereta sambil membawa satu
pembesar suara untuk memberi arahan. Dalam satu mesyuarat pada 6hb Mei,
1948, pihak Ikhwan telah mendesak Mesir dan Negaranegara Arab lain
supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa saja
cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kepupusan.
Al
Ikhwan telah menghantar beribu-ribu mujahidin (sukarelawan) ke Palestin
tanpa menunggu pihak lain berbuat demikian. Mereka telah berjuang
dengan berani sekali sehingga dapat memberi tentangan yang sangat hebat
kepada Yahudi dan British. Keadaan ini membimbangkan Nudrasyi Pasya.
Beberapa kedutaan asing telah mengadakan mesyuarat di kubu tentera
British di Mesir dan sebulat suara mendesak Nuqrasyi Pasya mengharamkan
Ikhwan kerana hebatnya kemampuan Ikhwan menentang Yahudi. Imam Hasan
Al-Banna selalu menghantar kumpulan-kumpulan pejuang (mujahidin) ke
Palestin untuk berjihad. Akhirnya Nuqrasyi Pasya mengharamkan Al Ikhwan
Muslimin di bawah Undang-undang Tentera nombor 73 lantaran tekanan dan
desakan daripada kuasa-kuasa asing.
Syahidnya Imam Hasan AI Banna.
Selepas
pengharaman itu, para anggota Ikhwan di seluruh Mesir telah dikenakan
tindakan kejam. Seluruh cawangan dan pusat-pusat kegiatannya telah
dirampas. Beribu-ribu belia terpelajar telah dipenjarakan. Para pemuda
dan pemudi tersebut ditindas ketika berada di dalam penjara. Semasa
kekecohan ini berlaku, Nuqrasyi Pasya naik menjadi Perdana Menteri
Mesir. Ketika inilah Hasan Al-Banna telah dibunuh. Imam Hasan Al-Banna
mati syahid pada 15hb Februari 1949 di hadapan ibu pejabat Ikhwanul
Muslimin. Hari kematiannya disambut meriah oleh Yahudi, pihak British
dan pihak-pihak lain yang bermusuh dengan Islam.
insyaAllah bersambung…
Tuesday, July 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Islam dan Waktu - Hassan alBanna
Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)
Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.”




No comments:
Post a Comment