Monday, January 11, 2010

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam

Monday, September 14, 2009

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di Desa Sailatul Harithiyyah, Palestin. Hafal al-Quran, ribuan hadith dan sya'ir. Berkahwin pada umur 18 tahun, kemudian berhijrah ke Jordan. Pada Tahun 1966 meraih gelaran Lc dalam Fakulti Syari'ah Universiti Damaskus Syria dengan cara Pendidikan Jarak Jauh (intisab). Memperolehi Master pada tahun 1969.

Pada tahun 1973, Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam menyelesaikan program kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh di Univeristi al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan predikat Asyraful 'Ula. Tahun 1980 beliau diusir pemerintah Jordan kerana aktif dalam gerakan Islam. Kemudian beliau mengajar di Universiti King 'Abdul 'Aziz, Arab Saudi. Pada Tahun 1982, beliau berhijrah ke Pakistan, kerana ingin berkonsentrasi pada jihad Afghan. Tahun 1984 bekerja di Rabithah 'Alal Islami sebagai Mustasyar (penasihat) dalam bidang pendidikan untuk Mujahiddin Afghan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam terlibat dengan jihad sejak di Jordan lagi (Perbatasan Palestin - Jordan) sehinggalah beliau diusir oleh pemerintah Jordan. Di Pakistan belaiu berhubung dengan para pemimpin Mujahiddin Afghan seperti Ustaz Sayyaf, Hekmatiyar, Burhanuddin Rabbani dan Yunus Khalis. Kadang-kadang beliau pergi ke medan jihad di Afghanistan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam selepas itu menghabiskan hidupnya berjihad fi sabiliLLAH di Afghanistan sehinggalah beliau syahid pada hari Jum'at, 24 November 1989. Beliau syahid ketika kenderaan yang ditumpangi bersama kedua anaknya meledak kerana bom yang dipasang oleh musuh-musuh Islam.

Antara buku-buku yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah:Ayaturrahman Fi Jihadil Afghan, Ad-Difa' 'An Aradhil Muslimin min Ahammi Furudhul A'yan. Setelah beliau syahid, Maktab Khidmat Al-Mujahiddin mengumpulkan pelbagai ceramah beliau kemudian dijadikan buku yang mencapai 50 judul, di antaranya Siri Tarbiyyah Jihadiyyah (15 Jilid), Hijrah dan I'dad (3 Jilid)




WASIAT DR. ABDULLAH AZZAM


Wahai kaum MUSLIMIN
Kehidupan kalian adalah jihad, kemulian kalian juga terhasil dari jihad dan
kewujudan kalian di atas muka bumi ini terikat dengan ikatan yang berpanjangan
dengan jihad.

Wahai para PENDAKWAH
Tiada harga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian
menyandang senjata bagi menhadapi golongan toghut yang melampau, orang-orang
kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela.Sesungguhnya
mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa
peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya
tidak memahami tabiat agama ini.Sesungguhnya kehebatan para dai'e (pendakwah),
kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemulian umat Islam tidak akan wujud
melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah.Kejarlah kematian kerana ia
akan memberikan kehidupan (yang hakiki).Hindarilah diri dari merasa hebat dengan
jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan
sembahyang-sembahyang sunnat yang kalian telah biasakan itu. Janganlah kalian
membiarkan kerja-kerja yang remeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas
yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai para ULAMA
Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali
kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah
janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan toghut (pemerintah) kerana
sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan
fikiran serta menjadi benteng yang mengahalang hubungan kalian dengan
masyarakat.
Wahai kaum MUSLIMAT
Jauhilah kemewahan dunia kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa
diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah
sekadar keperluan sahaja.Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan
dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad. Jadikanlah rumah-rumah kalian
sebagai kandang-kandang singa dan bukannya reban ayam yangmenunggu gemuk untuk
disembelih oleh toghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada
jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan
perang.Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh
umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu,
sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti
kering tanpa lauk dan meminum secawan the tanpa gula.
Wahai ANAK-ANAK
Biasakanlah kalian dengan nyanyian dan alunan letupan peluru dan dentuman
senjata-senjata berat serta gegap gempita jet-jet pejuang dankereta-kereta
kebal. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan
dengan hamparan permaidani merah.

Wahai ISTERIKU
Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah
terhadap apa yang ada pada manusia (jangan meminta-minta) nescaya engkau akan
dikasihi manusia. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga
serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah pada waktu malam
(qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan
mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam
beribadah.Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun
menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang
cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.Akhir sekali, aku
sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga Firdaus seperti mana
Dia menemukan kita di dunia ini.
Adapun kalian ANAK-ANAKKU
Sesunguhnya kalian tidak pernah bermesra dengankumelainkan hanya sebentar
sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah yang sempat kuberikan pada kalian. Ya, aku
terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kalian Namun apa
yang dapat aku lakukan. Bagaimana aku hendak berseronok bersama kalian sedangkan
penderitaan umat Islam amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu
melupakan anak yang disusuinya. Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti umat
Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak (telah lama berlaku).Demi
Allah aku tidak sanggup berperak dan berkurung di dalam sangkar bersama-sama
kalian seperti ayam bersama dengan anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan
menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar hati-hati umat Islam.
Aku tidak rela tinggal bersama-samakalian sepanjang masa sedangkan realiti umat
Islam kini telah mengoyak-rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal
yang waras.Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama kalian
dengan limpahan kenikmatan diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan
hidangan yang lain (sedangkan umat Islam menderita setiap hari).
Dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan aqidah
salafus salih (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan jangan kalian menuruti hawa nafsu.Aku
juga berpesan dan berwasiat pada kalian supaya sentiasa membaca Al-Quran,
menjaga lidah (kata-kata), qiamullail (beribadah di waktu malam), berpuasa
sunat, berkawan baik dan sama-sama bekerja dalam gerakan Islam. Namun begitu
ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang daripada kalian
berjihad atau memujuk kalian untuk terus berdakwah yang tidak bercirikan
kejantanan dan tiada hubungan dengan jihad. Dan janganlah kalian meminta izin
dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan Allah. Lontarlah dan tembaklah
kalian itu lebih aku sukai daripada tunggangan.
"Untuk menjadi Nabi, tiada lagi Nabi sesudah NabiMuhammad SAW. Untuk menjadi
auliya, kita bukanlah orangnya. Untuk menjadi solihin, memerlukan mujahadah yang
tinggi. Kini hanya tinggal satu sahaja jalan yang mudah yang terbentang di
hadapan kita menuju ke Syurga, iaitu mati syahid"


'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha
Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (An Nahl: 125)

No comments:

Islam dan Waktu - Hassan alBanna

Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)

Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihitung dan dicatat. ”Sebenarnya Kami sentiasa mendengar, dan utusan-utusan Kami pun sentiasa mencatat di sisi mereka.”(Az-Zukhruf: 80).”Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya, dan Dia mengutus kepada kalian malaikat-malaikat penjaga.”(Al-An’am: 61) clock.jpgIslam datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia tak akan kembali. Kerana itu, Abu Bakar ra. Pernah berdoa,”Ya Allah, janganlah Engkau siksa kami secara tiba-tiba.” Allah SWT. telah memerintahkan kita untuk menggunakan waktu dalam empat perkara: * Pertama: Dalam perkara yang dapat menyelamatkan keagamaan kita, iaitu berupa ketaatan kepada Allah SWT. Ini terbahagi kepada dua:o Perkara-perkara yang difardhukan oleh Allah kepada kita dan tertentu waktunya, seperti salat, zakat, puasa, haji dan seterusnya.o Perkara-perkara yang dianjurkan oleh Allah kepada kita berupa amalan-amalan nafilah (sunnah), seperti tilawah Al-Quran, sodaqah, zikir dan membaca Selawat Nabi. * Kedua: Dalam perkara-perkara yang juga memberikan manfaat kepada kita , berupa mencari rezeki yang halal untuk keperluan kita dan keluarga yang kita tanggung. Jika hal ini kita lakukan dengan ikhlas, ia menjadi amal ibadah. Rasulullah saw. Bersabda.”Barangsiapa di petang hari keletihan kerana bekerja, di petang itu dia mendapat ampunan.” * Ketiga: Dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Itu merupakan bahagian dari bentuk penghampiran (qurbah) diri yang paling agung. Rasulullah saw. Bersabda, ”Barangsiapa keluar rumah untuk memenuhi hajat saudaranya, ia seperti orang yang melakukan iktikaf di masjidku ini selama sebulan.” Hal ini memuatkan hakikat bahawa manusia seluruhnya adalah ”keluarga” Allah. Orang yang paling dekat denganNya adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Kerana itu, engkau mesti dapat memberikan manfaat kepada mereka, sama ada dalam aspek material atau pun lainnya. * Keempat: Dalam perkara yang dapat memberi ganti atas sesuatu yang hilang dari kita, iaitu waktu istirehat. Kerana sesungguhnya badanmu itu mempunyai hak yang harus kau tunaikan. Kerana itu, tentukanlah waktu khusus untukmu, yang di situ kamu dapat memperbaharui kegiatanmu dan menyegarkan kembali semangatmu. Itu dapat dilakukan dengan cara berenang, memanah, menunggang kuda, santai yang baik, dan jenis-jenis ketrampilan olahraga lainnya. Sayangnya kita telah terbiasa untuk tidak mengenal nilai waktu dalam berbagai aktiviti kehidupan kita. Kita tidak menghargai waktu sebagaimana mestinya dan kita menggunakannya untuk hal-hal yang tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, seperti menonton filem, teater, tarian dan menghadiri kelab-kelab yang penuh maksiat. Kita bertaqlid kepada Eropah secara buta, lebih mengutamakan kegiatan itu daripada kegiatan yang baik dan amalan-amalan yang bermanfaat. Kita memohon kepada Allah SWT. taufiq yang kekal serta hidayah menuju jalan yang paling lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu kita Muhammad, serta keluarga dan para sahabatnya.