Monday, January 11, 2010

Karya Fenomenal Fathi Yakan Rahimahullah


Monday, July 6, 2009

17/6/2009 | 23 Jumadil Akhir 1430 H | Hits: 1,757
Oleh: Ulis Tofa, Lc


Kirim Print
fathi-yakan

Syaikh Fathi Yakan Rahimahullah

dakwatuna.com – Beirut - Setelah sekian lama mengarungi perjuangan dakwah Islam. Mencurahkan segenap tenaga, pikiran, waktu bahkan jiwa bagi kemajuan Islam dan umatnya, Syaikh Fathi Yakan dipanggil Allah swt. Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji’uun.

Pada Sabtu pagi, 13 Juni 2009 beliau berpulang ke-rahmatullah, di usianya yang ke 76 tahun, setelah beberapa hari dirawat di rumah sakit “Diu” Bierut, Libanon.

Fathi Yakan dikenal dekat dengan jama’ah Ikhwanul Muslimin, lahir di Tripoli tahun 1933. Beliau meraih gelar doktor di bidang Kajian Islam dan Bahasa Arab.

Pada tahun lima puluhan beliau berjibaku dalam aktifitas Islam. Beliau mendirikan Jama’ah Islam pada awal tahun enam puluhan. Beliau menjabat sebagai Sekretaris Jendral sampai tahun 1992. Beliau mengundurkan diri dari jabatan Sekjen. setelah berhasil mengantarkan Jama’ah Islam pada pemilu legislatif. Selanjutnya beliau lebih fokus pada kerja-kerja di parlemen sampai tahun 1996.

Pada tahun-tahun akhir, beliau memimpin Front Amal Islam. Beliau punya andil besar dalam upaya menghentikan perang “mukhayyam nahr al-Bard” di wilayah Utara Libanon, antara tentara Libanon dengan pergerakan Fatah Islam, yang berlangsung pada musim Panas tahun 2007.

Karya Ilmiyah

Betapa banyak karya ilmiyah beliau yang tetah di bukukan. Yang fenomenal dan tersebar di berbagai dunia Islam dan diterjemahkan ke berbagai bahasa di antaranya:

1. مشكلات الدعوة والداعية (Problematika Dakwah dan Para Dai)

2. كيف ندعو إلى الإسلام؟ (Bagaimana Kita Menyeru Pada Islam)

3. نحو حركة إسلامية عالمية واحدة (Menuju Satu Gerakan Islam Internasional)

4. ( الموسوعة الحركية (جزءان) (Insiklopedi Pergerakan, 2 jilid)

5. ماذا يعني انتمائي للإسلام؟ (Apa Komitmen Saya Terhadap Islam)

6. حركات ومذاهب في ميزان الإسلام (Pergerakan dan Isme dalam Timbangan Islam)

7. الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة (Mengarungi Kehidupan Dakwah)

8. نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر (Menuju Kebangkitan Islam di Era Kekinian)

9. المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين (Manhaj Perubahan Islam di Abad Dua Puluh)

10. الإسلام فكرة وحركة وانقلاب (Islam, Antara Pemikiran, Pergerakan dan Revolusi)

11. الشباب والتغيير (Pemuda dan Perubahan)

12. المتساقطون على طريق الدعوة (Yang Berjatuhan di Medan Dakwah)

13. أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي (Abjadiyah Tashawwur Pergerakan dalam Timbangan Amal Islami)

14. قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية

Semoga karya-karya ilmiyah beliau menjadi investasi kebaikan berkesinambungan yang memberatkan hasanat beliau, meski jasad berkalang tanah, insya Allah. Rahimahullah Syaikh Fathi Yakan. (it/ut)

No comments:

Islam dan Waktu - Hassan alBanna

Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)

Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihitung dan dicatat. ”Sebenarnya Kami sentiasa mendengar, dan utusan-utusan Kami pun sentiasa mencatat di sisi mereka.”(Az-Zukhruf: 80).”Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya, dan Dia mengutus kepada kalian malaikat-malaikat penjaga.”(Al-An’am: 61) clock.jpgIslam datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia tak akan kembali. Kerana itu, Abu Bakar ra. Pernah berdoa,”Ya Allah, janganlah Engkau siksa kami secara tiba-tiba.” Allah SWT. telah memerintahkan kita untuk menggunakan waktu dalam empat perkara: * Pertama: Dalam perkara yang dapat menyelamatkan keagamaan kita, iaitu berupa ketaatan kepada Allah SWT. Ini terbahagi kepada dua:o Perkara-perkara yang difardhukan oleh Allah kepada kita dan tertentu waktunya, seperti salat, zakat, puasa, haji dan seterusnya.o Perkara-perkara yang dianjurkan oleh Allah kepada kita berupa amalan-amalan nafilah (sunnah), seperti tilawah Al-Quran, sodaqah, zikir dan membaca Selawat Nabi. * Kedua: Dalam perkara-perkara yang juga memberikan manfaat kepada kita , berupa mencari rezeki yang halal untuk keperluan kita dan keluarga yang kita tanggung. Jika hal ini kita lakukan dengan ikhlas, ia menjadi amal ibadah. Rasulullah saw. Bersabda.”Barangsiapa di petang hari keletihan kerana bekerja, di petang itu dia mendapat ampunan.” * Ketiga: Dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Itu merupakan bahagian dari bentuk penghampiran (qurbah) diri yang paling agung. Rasulullah saw. Bersabda, ”Barangsiapa keluar rumah untuk memenuhi hajat saudaranya, ia seperti orang yang melakukan iktikaf di masjidku ini selama sebulan.” Hal ini memuatkan hakikat bahawa manusia seluruhnya adalah ”keluarga” Allah. Orang yang paling dekat denganNya adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Kerana itu, engkau mesti dapat memberikan manfaat kepada mereka, sama ada dalam aspek material atau pun lainnya. * Keempat: Dalam perkara yang dapat memberi ganti atas sesuatu yang hilang dari kita, iaitu waktu istirehat. Kerana sesungguhnya badanmu itu mempunyai hak yang harus kau tunaikan. Kerana itu, tentukanlah waktu khusus untukmu, yang di situ kamu dapat memperbaharui kegiatanmu dan menyegarkan kembali semangatmu. Itu dapat dilakukan dengan cara berenang, memanah, menunggang kuda, santai yang baik, dan jenis-jenis ketrampilan olahraga lainnya. Sayangnya kita telah terbiasa untuk tidak mengenal nilai waktu dalam berbagai aktiviti kehidupan kita. Kita tidak menghargai waktu sebagaimana mestinya dan kita menggunakannya untuk hal-hal yang tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, seperti menonton filem, teater, tarian dan menghadiri kelab-kelab yang penuh maksiat. Kita bertaqlid kepada Eropah secara buta, lebih mengutamakan kegiatan itu daripada kegiatan yang baik dan amalan-amalan yang bermanfaat. Kita memohon kepada Allah SWT. taufiq yang kekal serta hidayah menuju jalan yang paling lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu kita Muhammad, serta keluarga dan para sahabatnya.