Wednesday, August 20, 2008
Biografi
Almarhum Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 1919 di Kampung As-Saa'diyain. Ia adalah seorang graduan Fakulti Sains Universiti Kaherah pada tahun 1942 dan pada tahun yang sama juga dilantik sebagai pegawai ramalan kaji cuaca di Kementerian Sains Mesir. Itulah istimewanya pendukung jemaah yang ditarbiyah oleh madrasah al-Syahid Hassan alBanna, iaitu dari seorang biasa menjadi seorang ilmuan dan mujahid terbilang.
Almarhum Mustafa Masyhur aktif dalam Jemaah Ikhwan Muslimin sejak penghujung tahun 30-an, ketika itu Almarhum ditugaskan sebagai anggota Unit Khas Jemaah yang selesai dibentuk pada awal 40-an. Pada tahun 1948, Almarhum dituduh terlibat dalam satu komplot menentang kerajaan Mesir yang akhirnya dipenjara selama tiga tahun dan dibebaskan oleh mahkamah pada tahun 1951. Almarhum sekali lagi ditangkap pada 1954 bersama dengan pimpinan tertinggi Ikhwan yang lain, selepas dituduh terlibat dalam percubaan untuk membunuh Presiden Mesir waktu itu, Jamal abdel Naseer.
Almarhum dipenjara selama 10 tahun iaitu pada tahun 1964 dan dibebaskan selepas itu. Namun tidak berapa lama dibebaskan, pada 1965 beliau sekali lagi ditangkap bersama dengan Al-Syahid Sayyid Qutb dan pimpian Ikhwan yang lain, di mana Al-Syahid Sayyid Qutb dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Almarhum kali ini berada dalam penjara selama enam tahun. Pada 1971 Almarhum mendapat keampunan daripada Presiden Anwar Saddat yang membebaskan kesemua tahanan politi sejurus beliau menjawat jawatan presiden.
Sebelum berlaku penangkapan baru, Almarhum Mustafa Masyhur bersama-sama pimpinan tertinggi Ikhwan berangkat meninggalkan Mesir ke Kuwait kemudian menuju ke Jerman dan menetap di sana selama lima tahun. Di sana Almarhum berjaya mengasaskan Tanzim Antarabangsa Ikhwan pada tahun 1981.
Almarhum pulang ke mesir pada tahun 1986 sebelum kematian Mursyidul Am Ikhwan ketika itu iaitu Syeikh Umar at-Talmesani. Timbalan Mursyidul Am pada masa itu ialah Syeikh Hamid Abu an-Nasr yang kemudian dilantik menjawat Mursyidul Am.
Pada 1996, selepas kematian Syeikh Hamid, Almarhum Syeikh Mustafa Masyhur dibai'ah sebagai Mursyidul Am secara terang - yang dikenali sebagai 'bai'ah Maqabir/kubur' kerana bai'ah itu dilakukan ketika mengusung jenazah Almarhum Syeikh Hamid ke tanah perkuburan.
Almarhum telah memimpin Jemaah Ikhwan selama enam tahun. Kemudian pada bulan Februari 2002, Amarhum sekali lagi diminta untuk meneruskan kepimpinan Ikhwan selaku Mursyidul Am bagi penggal kedua setelah mendapat kepercayaan penuh daripada kepimpinan tertinggi Ikhwan. Almarhum memegang jawatan tersebut hingga akhir hayatnya.
Sebelum meninggal dunia, Almarhum dimasukkan ke hospital setelah mengalami pendarahan otak selama dua minggu. Jenazah Almarhum tela disolatkan selepas solat Jumaat di Masjid Rabi'ah Adawiyah di Nasr City, Kaherah. Kepergian pimpinan utama Ikhwan Muslimun, Mesir, pada 9 Ramadzan bersamaan 14 November 2002 dalam usia 83 tahun.
Oleh Abd Shukur Harun 'Fikrah Harakah' - 1 - 15 Disember 2002
No comments:
Post a Comment