Monday, January 18, 2010
Muhammad Mahdi Akif
Apabila pemimpin Ikhwan, Hassan alBanna mengesyorkan supaya ada di kalangan pemuda Islam yang boleh memberikan latihan fizikal kepada ahli pergerakan itu, Muhammad Akif meninggalkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan untuk menyahut cabaran itu. Sejak itu, bermulalah perjuangannya di barisan hadapan Ikhwanul Muslimin.
Walaupun tidak pernah menjadi tentera, beliau bersama belia Mesir lain pernah berjuang menentang tentera British di Terusan Suez pada 1951 dan berjuang menentang penubuhan sebuah kerajaan Yahudi di Palestin. Selepas perang tamat, beliau kembali melatih belia tahan lasak Ikhwan.
Oleh kerana terlalu gerun pada perjuangan Ikhwanul Muslimin, pada 1954, tujuh pemimpin utama Ikhwan termasuk Muhammad Akif, ditahan dan dijatuhkan hukuman mati. Ini termasuk pemikir Islam terkemuka, Abdul Kadir Audah. Enam pemimpin diseksa, digantung dan dibunuh. Beliau ialah pemimpin ketujuh yang disenaraikan oleh regim Jamal Nasser untuk dibunuh. Pada perkiraannya, saat untuk syahid sudah sampai. Bagaimanapun, datang perintah supaya hukuman itu dibatalkan. Kerajaan Naseer mengubah fikiran suapaya hukuman itu dibatalkan. Kerajaan Nasser mengubah fikiran kerana desakan daripada negara Islam lain ketika itu.
Walaupun terselamat daripada tali gantung, Muhammad Akif terpaksa menghabiskan usia mudanya dalam penjara sehingga dibebaskan pada 1974 oleh kerajaan Anwar Sadat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Islam dan Waktu - Hassan alBanna
Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)
Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.”
1 comment:
sedang cari profil ikhwan syaikh Mahdi Aqif....dapat disini syukron
Post a Comment