Monday, January 11, 2010

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam

Monday, September 14, 2009

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di Desa Sailatul Harithiyyah, Palestin. Hafal al-Quran, ribuan hadith dan sya'ir. Berkahwin pada umur 18 tahun, kemudian berhijrah ke Jordan. Pada Tahun 1966 meraih gelaran Lc dalam Fakulti Syari'ah Universiti Damaskus Syria dengan cara Pendidikan Jarak Jauh (intisab). Memperolehi Master pada tahun 1969.

Pada tahun 1973, Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam menyelesaikan program kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh di Univeristi al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan predikat Asyraful 'Ula. Tahun 1980 beliau diusir pemerintah Jordan kerana aktif dalam gerakan Islam. Kemudian beliau mengajar di Universiti King 'Abdul 'Aziz, Arab Saudi. Pada Tahun 1982, beliau berhijrah ke Pakistan, kerana ingin berkonsentrasi pada jihad Afghan. Tahun 1984 bekerja di Rabithah 'Alal Islami sebagai Mustasyar (penasihat) dalam bidang pendidikan untuk Mujahiddin Afghan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam terlibat dengan jihad sejak di Jordan lagi (Perbatasan Palestin - Jordan) sehinggalah beliau diusir oleh pemerintah Jordan. Di Pakistan belaiu berhubung dengan para pemimpin Mujahiddin Afghan seperti Ustaz Sayyaf, Hekmatiyar, Burhanuddin Rabbani dan Yunus Khalis. Kadang-kadang beliau pergi ke medan jihad di Afghanistan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam selepas itu menghabiskan hidupnya berjihad fi sabiliLLAH di Afghanistan sehinggalah beliau syahid pada hari Jum'at, 24 November 1989. Beliau syahid ketika kenderaan yang ditumpangi bersama kedua anaknya meledak kerana bom yang dipasang oleh musuh-musuh Islam.

Antara buku-buku yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah:Ayaturrahman Fi Jihadil Afghan, Ad-Difa' 'An Aradhil Muslimin min Ahammi Furudhul A'yan. Setelah beliau syahid, Maktab Khidmat Al-Mujahiddin mengumpulkan pelbagai ceramah beliau kemudian dijadikan buku yang mencapai 50 judul, di antaranya Siri Tarbiyyah Jihadiyyah (15 Jilid), Hijrah dan I'dad (3 Jilid)




WASIAT DR. ABDULLAH AZZAM


Wahai kaum MUSLIMIN
Kehidupan kalian adalah jihad, kemulian kalian juga terhasil dari jihad dan
kewujudan kalian di atas muka bumi ini terikat dengan ikatan yang berpanjangan
dengan jihad.

Wahai para PENDAKWAH
Tiada harga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian
menyandang senjata bagi menhadapi golongan toghut yang melampau, orang-orang
kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela.Sesungguhnya
mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa
peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya
tidak memahami tabiat agama ini.Sesungguhnya kehebatan para dai'e (pendakwah),
kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemulian umat Islam tidak akan wujud
melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah.Kejarlah kematian kerana ia
akan memberikan kehidupan (yang hakiki).Hindarilah diri dari merasa hebat dengan
jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan
sembahyang-sembahyang sunnat yang kalian telah biasakan itu. Janganlah kalian
membiarkan kerja-kerja yang remeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas
yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai para ULAMA
Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali
kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah
janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan toghut (pemerintah) kerana
sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan
fikiran serta menjadi benteng yang mengahalang hubungan kalian dengan
masyarakat.
Wahai kaum MUSLIMAT
Jauhilah kemewahan dunia kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa
diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah
sekadar keperluan sahaja.Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan
dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad. Jadikanlah rumah-rumah kalian
sebagai kandang-kandang singa dan bukannya reban ayam yangmenunggu gemuk untuk
disembelih oleh toghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada
jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan
perang.Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh
umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu,
sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti
kering tanpa lauk dan meminum secawan the tanpa gula.
Wahai ANAK-ANAK
Biasakanlah kalian dengan nyanyian dan alunan letupan peluru dan dentuman
senjata-senjata berat serta gegap gempita jet-jet pejuang dankereta-kereta
kebal. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan
dengan hamparan permaidani merah.

Wahai ISTERIKU
Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah
terhadap apa yang ada pada manusia (jangan meminta-minta) nescaya engkau akan
dikasihi manusia. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga
serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah pada waktu malam
(qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan
mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam
beribadah.Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun
menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yang
cintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati.Akhir sekali, aku
sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga Firdaus seperti mana
Dia menemukan kita di dunia ini.
Adapun kalian ANAK-ANAKKU
Sesunguhnya kalian tidak pernah bermesra dengankumelainkan hanya sebentar
sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah yang sempat kuberikan pada kalian. Ya, aku
terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kalian Namun apa
yang dapat aku lakukan. Bagaimana aku hendak berseronok bersama kalian sedangkan
penderitaan umat Islam amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu
melupakan anak yang disusuinya. Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti umat
Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak (telah lama berlaku).Demi
Allah aku tidak sanggup berperak dan berkurung di dalam sangkar bersama-sama
kalian seperti ayam bersama dengan anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan
menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar hati-hati umat Islam.
Aku tidak rela tinggal bersama-samakalian sepanjang masa sedangkan realiti umat
Islam kini telah mengoyak-rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal
yang waras.Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama kalian
dengan limpahan kenikmatan diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan
hidangan yang lain (sedangkan umat Islam menderita setiap hari).
Dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan aqidah
salafus salih (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan jangan kalian menuruti hawa nafsu.Aku
juga berpesan dan berwasiat pada kalian supaya sentiasa membaca Al-Quran,
menjaga lidah (kata-kata), qiamullail (beribadah di waktu malam), berpuasa
sunat, berkawan baik dan sama-sama bekerja dalam gerakan Islam. Namun begitu
ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang daripada kalian
berjihad atau memujuk kalian untuk terus berdakwah yang tidak bercirikan
kejantanan dan tiada hubungan dengan jihad. Dan janganlah kalian meminta izin
dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan Allah. Lontarlah dan tembaklah
kalian itu lebih aku sukai daripada tunggangan.
"Untuk menjadi Nabi, tiada lagi Nabi sesudah NabiMuhammad SAW. Untuk menjadi
auliya, kita bukanlah orangnya. Untuk menjadi solihin, memerlukan mujahadah yang
tinggi. Kini hanya tinggal satu sahaja jalan yang mudah yang terbentang di
hadapan kita menuju ke Syurga, iaitu mati syahid"


'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha
Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (An Nahl: 125)

Mustafa Masyhur

Wednesday, August 20, 2008

Biografi


Almarhum Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 1919 di Kampung As-Saa'diyain. Ia adalah seorang graduan Fakulti Sains Universiti Kaherah pada tahun 1942 dan pada tahun yang sama juga dilantik sebagai pegawai ramalan kaji cuaca di Kementerian Sains Mesir. Itulah istimewanya pendukung jemaah yang ditarbiyah oleh madrasah al-Syahid Hassan alBanna, iaitu dari seorang biasa menjadi seorang ilmuan dan mujahid terbilang.

Almarhum Mustafa Masyhur aktif dalam Jemaah Ikhwan Muslimin sejak penghujung tahun 30-an, ketika itu Almarhum ditugaskan sebagai anggota Unit Khas Jemaah yang selesai dibentuk pada awal 40-an. Pada tahun 1948, Almarhum dituduh terlibat dalam satu komplot menentang kerajaan Mesir yang akhirnya dipenjara selama tiga tahun dan dibebaskan oleh mahkamah pada tahun 1951. Almarhum sekali lagi ditangkap pada 1954 bersama dengan pimpinan tertinggi Ikhwan yang lain, selepas dituduh terlibat dalam percubaan untuk membunuh Presiden Mesir waktu itu, Jamal abdel Naseer.

Almarhum dipenjara selama 10 tahun iaitu pada tahun 1964 dan dibebaskan selepas itu. Namun tidak berapa lama dibebaskan, pada 1965 beliau sekali lagi ditangkap bersama dengan Al-Syahid Sayyid Qutb dan pimpian Ikhwan yang lain, di mana Al-Syahid Sayyid Qutb dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Almarhum kali ini berada dalam penjara selama enam tahun. Pada 1971 Almarhum mendapat keampunan daripada Presiden Anwar Saddat yang membebaskan kesemua tahanan politi sejurus beliau menjawat jawatan presiden.

Sebelum berlaku penangkapan baru, Almarhum Mustafa Masyhur bersama-sama pimpinan tertinggi Ikhwan berangkat meninggalkan Mesir ke Kuwait kemudian menuju ke Jerman dan menetap di sana selama lima tahun. Di sana Almarhum berjaya mengasaskan Tanzim Antarabangsa Ikhwan pada tahun 1981.

Almarhum pulang ke mesir pada tahun 1986 sebelum kematian Mursyidul Am Ikhwan ketika itu iaitu Syeikh Umar at-Talmesani. Timbalan Mursyidul Am pada masa itu ialah Syeikh Hamid Abu an-Nasr yang kemudian dilantik menjawat Mursyidul Am.

Pada 1996, selepas kematian Syeikh Hamid, Almarhum Syeikh Mustafa Masyhur dibai'ah sebagai Mursyidul Am secara terang - yang dikenali sebagai 'bai'ah Maqabir/kubur' kerana bai'ah itu dilakukan ketika mengusung jenazah Almarhum Syeikh Hamid ke tanah perkuburan.

Almarhum telah memimpin Jemaah Ikhwan selama enam tahun. Kemudian pada bulan Februari 2002, Amarhum sekali lagi diminta untuk meneruskan kepimpinan Ikhwan selaku Mursyidul Am bagi penggal kedua setelah mendapat kepercayaan penuh daripada kepimpinan tertinggi Ikhwan. Almarhum memegang jawatan tersebut hingga akhir hayatnya.

Sebelum meninggal dunia, Almarhum dimasukkan ke hospital setelah mengalami pendarahan otak selama dua minggu. Jenazah Almarhum tela disolatkan selepas solat Jumaat di Masjid Rabi'ah Adawiyah di Nasr City, Kaherah. Kepergian pimpinan utama Ikhwan Muslimun, Mesir, pada 9 Ramadzan bersamaan 14 November 2002 dalam usia 83 tahun.

Oleh Abd Shukur Harun 'Fikrah Harakah' - 1 - 15 Disember 2002

SYAIKH UMAR TILMISANI


Biografi

(Mursyid III IkhwanulMuslimin, 1322-1406 H/1904-1986M)


Syaikh Umar Tilmisani adalah salah seorang daripada tokoh-tokoh dai dan murabi. Nama penuhnya ialah Ustadz Umar Abdul Fattah bin Abdul Qadir Mushthafa Tilmisani. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin setelah wafatnya Mursyidul 'Am kedua, Hasan Al-Hudhaibi,pada bulan November 1973.

Tempat, Tanggal Lahir dan Masa Kecil Syaikh Umar Tilmisani.

Garis keturunan Syaikh Umar Tilmisani berasal dari Tilmisan, Al-Jazair. Beliau dilahirkan di kota Cairo pada tahun 1322 H/1904, di Jalan Hausy Qadam, Al-Ghauriyah. Ayah dan datuknya merupakan pedagang kain dan batu permata. Datuk kepada Syaikh Umar Tilmisani merupakan

seorang salafi yang banyak mencetak buku-buku karya Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Kerana itu, beliau membesar dalam suasana hidup yang jauh dari bid'ah.

Syaikh Umar Tilmisani mendapat pendidikan awal di sekolah yang dikelolai oleh yayasan sosial tingkatan menengah dan atas di Madrasah Ilhamiyah, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang Fakulti Perundangan.

Pada Tahun 1933, Syaikh Umar Tilmisani tamat pengajian dalam bidang Fakulti Perundangan, kemudian mewujudkan sidang peguam di Syabin Al-Qanathir dan bergabung dengan jamaah Ikhwanul Muslimin.

Syaikh Umar Tilmisani merupakan peguam pertama yang bergabung dengan Ikhwan, mewakafkan pemikiran, dan potensi untuk membelanya. Beliau termasuk salah seorang orang kuat Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna. Beliau sering menyertai Al-Banna dalam

beberapa lawatan, baik di dalam mahupun di luar Mesir. Bahkan, Al-Banna sering meminta bantuannya dalam menyelesaikan beberapa masalah.

Syaikh Umar Tilmisani berkahwin ketika masih di bangku Sekolah Menengah Atas. Isterinya wafat pada bulan Ogos 1979, setelah menyertainya selama setengah abad lebih. Dari pernikahan ini mereka dikurniakan empat orang anak; Abid, Abdul Fattah, dan

dua orang puteri.

Kesibukan Syaikh Umar Tilmisani sebagai peguam tidak membuatnya lupa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan. Beliau banyak menelaah berbagai-bagai ilmu, seperti tafsir, hadits, fiqh, sirah, tarikh, dan biografi para tokoh.

Syaikh Umar Tilmisani selalu mengikuti perkembangan berbagai-bagai konspirasi musuh Islam, baik di dalam mahupun di luar negeri. Beliau amat berwaspada, mengkaji, menentukan sikap, menentang konspirasi dengan bijaksana dan nasihat yang baik, membantah tuduhan-tuduhan, mentahkikkan ungkapan-ungkapan, dan mengikis syubhat-syubhat yang dibuatnya, dengan kepercayaan diri orang mukmin yang tahu ketinggian nilai agamanya kehinaan selain Islam. Sebab, tiada penolong setelah Allah ta’ala dan tiada agama yang diredhai Allah selain Islam.

Saya mula mengenali Syeikh Umar Tilmisani pada tahun 1949, ketika saya baru pertama

kali tiba di Mesir untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi. Ketika itu ada perhimpunan yang dihadiri oleh para tokoh ikhwan, setelah syahidnya Imam Hasan Al Banna dan sebelum terpilihnya Mursyidul Am Kedua, Hasan Al Hudhaibi. Ketika itu kami sedang mendengar nasihat dan kajian yang dibuat oleh mereka. Dari situ, kami mengenali ketulusan hati budi, sopan santun, tawaddhuk, murah senyuman, serta kasih sayangnya pada setiap ahli ikhwanul muslimin, terutamanya generasi muda yang bercita-cita tinggi memetik buah sebelum gugur dan membalas perlakuan musuh setaraf dengan perlakuannya terhadap jamaah.

Komitmen Diri Syaikh Umar Tilmisani

Syaikh Umar Tilmisani meninggalkan kesan positif pada orang-orang yang mengenali

atau berhubungan dengannya. Beliau dikurniai kejernihan hati, kebersihan jiwa, kehalusan ucapan, kepetahan ungkapan yang keluar dari lisannya, lidah yang fasih dengan teknik berdebat, dan dialog yang sangat tersusun. Syaikh Umar Tilmisani menceritakan komitmen dirinya, ". Kerana itu, saya tidak bermusuhan dengan siapa pun, kecuali dalam rangka membela kebenaran, atau mengajak menerapkan Kitab Allah Ta 'ala. Kalaupun ada permusuhan, maka itu berasal dari pihak mereka, bukan dariku. Saya menyumpah diriku untuk tidak menyakiti seorang pun dengan kata-kata kasar, meskipun tidak setuju dengan kebijakannya, atau bahkan ia menyakitiku. Kerana itu, tidak pernah terjadi permusuhan antara diriku dengan seseorang kerana masalah peribadi."

Tidak berlebihan kalau saya simpulkan bahawa siapa pun yang keluar dari majlisnya,

pasti mengagumi, menghormati, dan mencintai dai unik yang menjadi murid Imam Hasan Al-Banna ini, lulus dari madrasahnya, dan bergabung dengan jamaahnya sebagai dai yang tulus dan ikhlas.

Akhlak dan Sifat Syaikh Umar Tilmisani

Syaikh Umar Tilmisani sangat pemalu, seperti diketahui orang-orang yang melihatnya

dari dekat. Orang yang sering duduk dan berdialog dengan Syaikh Umar Tilmisani merasakan betapa keras dan lamanya ujian yang beliau alami di penjara, malah mensterilkan dirinya, hingga tiada tempat di dalam dirinya selain kebenaran. Ia mendekam di balik jeruji besi selama hampir dua puluh tahun. Beliau masuk

penjara pada tahun 1948, dan masuk lagi pada tahun 1954. Penguasa Mesir memenjarakannya untuk ketiga kalinya tahun 1981. Namun, ujian-ujian itu tidak mempengaruhi dirinya, dan justeru menambah ketegasan dan

ketegarannya.

Dalam wawancara dengan majalah Al- Yamamah Arab Saudi, edisi 14 Januari 1982,

Syaikh Umar Tilmisani berkata, "Tabiat yang membesarkanku membuatku benci kekerasan, apa pun bentuknya. Ini bukan hanya sekadar sikap politik, tapi sikap peribadi yang berkait dengan struktur keberadaanku. Bahkan, andai dizalimi, saya tidak akan menggunakan kekerasan. Mungkin, saya menggunakan kekuatan untuk mengadakan perubahan, tapi tidak untuk kekerasan."

Surat Untuk Presiden

Dalam surat terbuka untuk Presiden Mesir yang dimuatkan dalam surat khabar Asy-Sya'b Al- Qahiriyahn, edisi 14 Mac 1986, Syaikh Umar Tilmisani berkata,

"Wahai presiden yang mulia, yang terpenting bagi kami, kaum muslimin Mesir, adalah menjadi bangsa yang aman, stabil, dan tenang di bawah naungan syariat Allah Ta'ala.

Sebab kemaslahatan umat ini terletak pada penerapan syariat-Nya. Tidak berlebihan bila saya katakan, bahawa penerapan syariat Allah Ta'ala di Mesir akan menjadi pembuka kebaikan bagi seluruh wilayahnya. Dengan itulah, penguasa dan seluruh rakyat mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan."

Nasihat-nasihat Syaikh Umar Tilmisani

Dalam untaian nasihat yang disampaikan kepada generasi muda, dai Ikhwan, dan

lainnya, Syaikh Umar Tilmisani berkata, "Tentangan yang dialami dai sangat berat dan

sukar. Kekuatan material berada di tangan musuh-musuh Islam yang bersatu untuk memerangi umat Islam, meskipun mereka memiliki kepentingan berbeza. Jamaah Ikhwanul Muslimin sekarang menjadi sasaran tembak mereka.

Menurut logik dan akal manusia, pasukan Thalut yang beriman tidak mampu melawan Jalut dan tenteranya. Tapi, ketika pasukan kaum mukmin yakin kemenangan itu datang dari Allah Ta'ala, bukan hanya bergantung pada jumlah dan kelengkapan persenjataan, maka mereka dapat mengalahkan pasukan Jalut dengan izin Allah Ta'ala.

Saya tidak meremehkan kekuatan peribadi, juga tidak meminta dai selalu membisu, zikir dengan menggerakkan leher ke kanan dan ke kiri, memukulkan telapak tangan, dan menongkatkan dagu, kerana itu semua bencana yang membahayakan dan mematikan.

Sesungguhnya, yang saya inginkan ialah berpegang teguh dengan wahyu Allah Ta'ala,

berjihad dengan kalimat yang benar, tidak menghiraukan gangguan, menjadikan diri sebagai teladan dalam kepahlawanan, bersikap satria, istiqomah, dan yakin bahwa Allah Ta'ala pasti menguji hamba-bamba-Nya dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, agar dapat diketahui siapa yang tulus dan siapa yang munafik. Aspek-aspek inilah yang merupakan faktor-faktor penyebab kemenangan. Kisah-kisah

di dalam Al-Qur'an merupakan argumen paling baik dalam masalah ini. Semangat pemuda yang diiringi pemahaman mendalam tidak memerlukan banyak eksperimen,tetapi sangat memerlukan kesabaran,kekuatan dan komitmen pada aturan Quranul Karim, dan mengkaji sirah generasi pendahulu yang telah menerapkannya di setiap aktiviti mereka.Itu penting, agar Allah Ta'ala mengurniakan kemenangan, kemuliaan, dan kekuasaan yang hampir dianggap mustahil."

Istiqamah dan Keberanian Syaikh Umar Tilmisani

Ustadz Umar Tilmisani dikenali sebagai seorang yang tegas di dalam mahupun di luar penjara. Beliau tidak pernah tunduk pada ancaman atau intimidasi. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang zuhud, iffah (menjaga kehormatan, pent.), hanya takut kepada Allah Ta'ala, dan mengharapkan keredhaan-Nya. Syaikh Umar Tilmisani berkata, "Saya tidak pernah takut kepada siapa pun selama hidupku, kecuali kepada Allah Ta'ala. Tidak ada yang dapat menghalangku mengucapkan kebenaran yang saya yakini, meskipun orang lain merasa berat dan saya mendapat kesusahan kerananya.

Saya katakan apa yang ku yakini dengan tenang, mantap, dan sopan, agar tidak menyakiti pendengar atau melukai perasaannya. Saya juga berusaha menjauhi katakata yang mungkin tidak disukai lawan bicaraku. Dengan cara seperti itu, saya mendapatkan ketenangan jiwa. Andai cara ini tidak dapat merekrut banyak kawan, maka berdiam diri

menjagaku dari kejahatan lawan." Sikap tulus, ucapannya, serius bekerja, berani menghadapi persoalan, istiqomah, dan teguh menghadapi tentangan dari dalam mahupun dari luar adalah ciri-ciri khas Ustadz Umar Tilmisani.

Dalam dialog terbuka di kota Isma'iliyah yang dihadiri Ustadz Umar Tilmisani dan disiarkan secara langsung di radio dan televisyen, Presiden Anwar Sadat menuduh Jamaah Ikhwanul Muslimin sebagai dalang fitnah sekretariat. Anwar Sadat juga melontarkan tuduhan palsu lainnya kepada Ikhwan. Tidak ada pilihan bagi Ustadz Tilmisani kecuali berdiri menjawab tuduhan Anwar Sadat, "Siapa pun yang berlaku zalim kepadaku, maka biasanya saya laporkan (adukan) kepada Anda. Kerana Anda rujukan tertinggi - setelah Allah Ta'ala— buat orang-orang yang mengadu. Sekarang, kezaliman itu datang dari Anda, kerana itu saya adukan Anda kepada Allah Ta'ala."

Mendengar itu semua, Anwar Sadat terkejut dan gementar, kemudian meminta agar Ustadz Umar Tilmisani menarik kembali pengaduannya. Ustadz Tilmisani menjawab dengan tegas, sopan, dan menegaskan, "Saya tidak mengadukan Anda kepada pihak yang zalim, tapi kepada Zat Yang Maha Adil. Dialah yang mengetahui segala yang saya katakan!"

Gaya Hidup Syaikh Umar Tilmisani

Gaya menawan dalam dialog yang mewarnai setiap tindakan Syaikh Umar Tilmisani bukanlah tindakan yang dibuat-buat. Itulah ciri khas yang melekat pada ucapan, perilaku, akhlak, dan interaksinya; baik dengan individu, jamaah, pemimpin, penguasa, dan majoriti manusia, tanpa membeza-bezakan orang kecil atau orang besar, orang miskin atau orang kaya.

Syaikh Umar Tilmisani sangat meyakini prinsip Ikhwanul Muslimin yang

diambil dari Al-Qur'an, As-Sunah, dan ijma’ para ulama’.

Jamaah Syaikh Umar Tilmisani

Syaikh Umar Tilmisani berpendapat, Jamaah Ikhwanul Muslimin adalah gerakan

Islam yang tulus dan murni. Syaikh Umar Tilmisani berkata, "Orang yang menghayati langkah-langkah Ikhwanul Muslimin, semenjak penubuhannya pada tahun 1347 H./I928 hingga hari ini, tidak akan menjumpai sesuatu pun kecuali serangkaian

pengorbanan berkesinambungan untuk menegakkan aqidah, potensi optimum yang

produktif di semua sektor kegiatan sosial, berkeupayaan mengukuhkan ikatan persaudaraan antara berbagai-bagai bangsa muslim, dan usaha menyebarkan perdamaian di seluruh negara. Ikhwanul Muslimin diperangi berbagai

aliran; baik dari dalam mahupun luar negara. Meskipun demikian, Ikhwanul Muslimin tidak pernah sekali-kali berusaha menyebarkan fitnah, memecah-belahkan persatuan, menghancurkan lembaga-lembaga lain, berdebat secara anarkis, atau menbuat fitnah untuk menjatuhkan seseorang."

Ciri khas lain Syaikh Umar Tilmisani ialah menyejukkan, membangunkan aktiviti, dan dasar interaksinya yang setia, meskipun terhadap orang yang tidak pernah mahu sepakat, bahkan memerangi Ikhwanul Muslimin.

Syaikh Umar Tilmisani berwasiat, "Muslim tidak mengenal istilah 'agama milik Allah Ta'ala dan tanah air milik semua orang." Setiap muslim meyakini segala yang ada di alam ini milik Allah Ta'ala semata. Siapa yang berusaha mengubah makna ini merupakan penipu yang ingin menrampas sumber kekuatan negara, agar mudah

dikhianati. Orang muslim tidak mengenal pemisahan antara agama dan negara. Mereka yakin sepenuhnya pemerintah tidak mempunyai hak bersama Allah Ta'ala., sebab apabila diyakini pemerintah mempunyai hak bersama Allah Ta 'ala, maka pemerintah menjadi sekutu bagi-Nya. Sedang muslim tidak mengakui kemusyrikan dalam bentuk apa pun."

Sifat Zuhud, Tawadhu, dan Sederhana Syaikh Umar Tilmisani

Ustadz Umar Tilmisani adalah dai, murabi, dan pemimpin yang hidup secara tulus dengan Allah Ta 'ala, berjuang untuk menegakkan agama- Nya, aktif dalam dunia dakwah, bersabar, selalu meningkatkan kesabaran, berjaga, berjihad, berpegang teguh pada tali agama Allah Ta'ala yang kukuh, dan bekerjasama dengan mujahid yang tulus, baik ketika menjadi perajurit atau pemimpin, di penjara atau di luar penjara.

Beliau tidak pernah mengubah sikap, pembohong, menyimpang, tamak terhadap keindahan dunia dan kuasa. Beliau meninggalkan kehidupan yang penuh dengan bunga-bunga dunia, untuk menghadap Allah Ta 'ala.

Beliau tinggal di apartment yang sangat sederhana dan bersyukur dengan hidupnya, tanpa memaksakan diri. Saya sedih hingga air mataku ingin keluar membasahi pipi, tapi saya berusaha menahannya kerana khuatir beliau menyedarinya. Apalah ertinya kita jika dibandingkan dengan orang-orang yang telah dibebaskan imannya dari penyakit cinta dunia, dan mengorbankan apa saja untuk memperjuangkan agama! Apartment Syaikh Umar Tilmisani berada di lorong sempit Komplek Al-Mulaiji Asy-Sya'biyah AI-Qadimah, wilayah Ath-Thahir Kairo. Tangga menuju ke kediamannya sudah tua dan usang, dan perabotnya sangat sederhana. Padahal beliau berasal dari keluarga yang kaya-raya dan berstatus tinggi. Ini semua mencerminkan kezuhudan, kesederhanaan, dan ketawadhuannya.

Syaikh Umar Tilmisani dicintai pemuka masyarakat Mesir di semua lapisan. Orang-orang Qibthi juga mencintai dan menghormatinya. Bahkan ahli kerajaan pun amat menyeganinya dan mengakui sifat-sifat mulianya.

Seluruh anggota Ikhwanul Muslimin menganggapnya sebagai contoh teladan, berlumba-lumba untuk menimba ilmunya, dan berebut untuk melaksanakan seruannya. Ini kerana cinta kepada Allah Ta 'ala merupakan landasan interaksi mereka, penerapan syariatNya merupakan target mereka, dan keredhaanNya tujuan mereka.

Kunjungan Syaikh Umar Tilmisani ke berbagai-bagai negara Islam; baik Arab maupun

non-Arab, dan kaum muslimin di tempat pengasingan, adalah penglipur lara luka-luka

umat, sekaligus memberi bimbingan untuk kaum muslimin dalam melakukan apa yang

seharusnya dilakukan untuk agama, umat, dan tanah air mereka.

Seluruh kajian, ceramah, dialog, nasihat, bimbingan, dan ucapan Syaikh Umar Tilmisani

memberi motivasi kepada umat, terutama para pemuda, intelektual, dan golongan ulama, agar memikul tanggungjawab dan menunaikan peranan dalam mengembalikan kejayaan Islam, sesuai dengan posisi dan bakat masing-masing. Inilah tugas dai di setiap masa dan tempat, sebab inilah risalah yang dibawa oleh para rasul yang diwariskan kepada ulama, aktivis pergerakan, dai yang tulus, dan kaum mukminin yang ikhlas.

Kembali ke Rahmatullah

Ustadz Umar Tilmisani pulang ke rahmatullah pada hari Rabu, 13 Ramadhan 1406,

bersamaan dengan 22 Mei 1986 di rumah sakit, kerana menderita sakit, dalam usia hampir 82 tahun.

Syaikh Umar Tilmisani disolatkan di Masjid Jami' Umar Mukarram, Cairo, dengan

dihadiri pelawat yang jumlahnya mendekati seperempat juta manusia. Bahkan ada yang

mengatakan setengah juta manusia dari penduduk Mesir dan utusan yang datang dari luar Mesir.

Alhamdulillah, Allah Ta'ala memberikan kesempatan padaku untuk ikut melawat beliau

bersama beberapa Ikhwan dari negara-negara Arab. Inilah biografi ringkas Ustadz Umar

Tilmisani, Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimin, Semoga Allah Ta 'ala menerima dan memasukkannya ke dalam golongan hamba-hamba- Nya yang shalih, serta menyertakan kita bersama mereka di sisi-Nya.

Sedutan dari buku:

Mereka Yang Telah Pergi – Mereka Yang Telah Pergi, ditulis oleh Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat

Mengenang Pemergian Abbas Assisi

Menjelang buka puasa 11 Ramadhan yang lalu (1425 H) seseorang memberitahu sebuah berita duka. Tiga hari sebelumnya, 8 Ramadhan Ustadz Abbas As-Sisy wafat setelah tidak sedar selama dua minggu dan mendapat perawatan perubatan secara intensif di sebuah hospital di Alexandria.

Jika Allah memuliakan sebahagian tempat atas lainnya. Maka untuk meraih tempat berkah tersebut kita mesti menziarahi ke sana. Selain itu Allah juga meninggikan darjat sebahagian waktu atas yang lainnya. Kita tunggu atau tidak, waktu tersebut akan melewati kita. Dan setelah itu terserah kita. Memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya atau bahkan bersikap tidak acuh dan seolah ia tidak ada.

Apapun sikap kita, Ramadhan telah menemui kita. Ustaz Abbas pun mendapat sebuah kehormatan dipanggil Allah di bulan mulia ini. Meskipun mungkin selama Ramadhan beliau tidak melakukan apa-apa. Tapi bukankah ketika beliau sedar beliau menafkahkan seluruh hidupnya untuk kemaslahatan dakwah Islamiyah. Kerana itu tidak berlebihan seandainya 8 hari beliau di bulan ini dihitung dan dilipatgandakan oleh Allah. Dia lah yang Maha mengetahui. Maha Pengasih yang sangat luas cintanya.

Ustaz Abbas memang tidak sepopular Syeikh Yusuf al-Qaradawy yang buku-bukunya sudah diterjemahkan ke berbagai bahasa.

Lelaki yang tamat usia pada tahun ke 86 ini mewaqafkan hidupnya untuk sebuah idealisme risalah dakwah. Semasa kecil beliau sangat mahir bermain bolasepak dengan lincah. Beliau bahkan mengaku tidak pernah membayangkan akan boleh menulis. Seperti yang diungkapkannya di mukaddimah Fi Qafilah al-Ikhwan al-Muslimin.

Buku setebal 855 halaman ini merupakan sebagian catatan perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan Hasan al-Banna, teman dan sekaligus gurunya yang mengajarkan kekuatan cinta. Beliau meresapi benar petua sang guru, "Perangilah manusia dengan (senjata) cinta."

Saya baru saja merancang untuk bertemu dengan beliau. Kerana lintasan berbagai peristiwa yang beliau rakam dengan goresan tinta benar-benar sarat pelajaran dan ibrah. Saya belum sempat menamatkannya. Kerana ingin perlahan-perlalan menelusuri sejarah beliau. Kisah yang sangat unik, menarik dan bukan fiktif.

Beliau adalah guru cinta bagi dakwah al-Ikhwan al-Muslimun (IM). Ceramah dan tulisan-tulisannya selalu ditargetkan buat membidik hati. Bukan sekadar menebar pesona dan simpati. Namun, kekuatan karisma, cinta dan rasa persaudaraan yang tinggi.

Beliau adalah "sisa-sisa" generasi awal IM yang melalui hari-hari pahit di balik jeriji dan berbagai intimidasi serta tuduhan stigma subversif. Kegigihannya tidak menjadikan gaya hidup beliau menjadi keras. Sebaliknya, lelaki berambut putih itu selalu menebar senyum untuk siapa saja. Dalam keadaan apa saja. Di mana saja. Jelas, keteduhan yang dalam akan nampak di wajahnya yang meski dimakan usia tapi tetap berseri menawarkan semangat hidup yang tidak pernah padam.

Lihat saja dalam tulisan-tulisannya, ath-Thariq ila al-Qulub (Jalan Menuju Hati), Da'wah ilallahi Hubb, al-Hubb fillah Risalah, adz-Dzauq Suluk ar-Ruh dan lain-lain. Bacalah bukan hanya dengan mata. Hati Anda benar-benar telah ditariknya.

Kegigihan dan keberaniannya tidak pernah diragukan. Beliau terlibat dalam perang dunia 1940 di Gurun Barat (Gharbea). Beberapakali mengalami penangkapan. Dan pada awal 80-an menjadi salah seorang perintis dakwah IM di luar negeri.

Saya sebenarnya kecewa. Tidak ada satu media pun yang memberitakan kepergiannya. Mengulas profilnya untuk diketahui perjuangannya dan dijadikan ruh perubahan. Sabtu, Ahad, Isnin pun berlalu. Tidak satu pun menyebut namanya. Sampai akhirnya saya menemuinya di Tabloid Mingguan Afaq Arabia. Tabloid parti pembangkang ini mengulas panjang profil beliau dan komentar tokoh-tokoh penting IM. Termasuk diantaranya, pimpinan spiritualnya, Syeikh Muhammad Mahdy 'Akif.

IM kehilangan salah satu tokoh pentingnya. Dan umat Islam juga merasakannya. Jasadnya memang tertanam dalam perut bumi. Namun, hatinya selalu hadir di tengah-tengah pada da'i, penerus hasratnya. Sebagaimana hasrat para pendahulunya.

Kini lelaki itu telah pergi. Menjumpai kekasihnya. Meninggalkan kefanaan yang kadang membuat terlena. Dan memasrahkan kebijaksanaan dakwah pada generasi setelahnya. Mahukah kita menyambut tongkat kebijaksanaan dakwah tersebut?

Saiful Bahri

Cairo, 20 Ramadan 1425

Monday, June 23, 2008

Mengenang Syeikh Said Hawa

E-mail Print PDF

said hawwaSyeikh Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa lahir di kota Hamah, Syiria, tahun 1935. Beliau berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Beliau berpindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang pemberani yang berjihad melawan Perancis.

Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat ia masih pelajar.

Said Hawwa berguru pada beberapa Syeikh Syiria. Diantaranya Syeikh dan Ulama Hamah, Syeikh Muhammad Al Hamid, Syeikh Muhammad Al Hasyimi, Syeikh Abdul Wahab Dabas, Syeikh Abdul Karim Arrifa’i, Syeikh Ahmad Al Murad dan Syeikh Muhammad Ali Murad. Said Hawwa juga belajar pada ustadz seperti Musthafa As-Shiba’i, Mushthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah, dan lain-lain.

Pada tahun 1961 beliau lulus dari Universiti Syiria, mengikuti wajib militer sebagai perwira tahun 1963, berumahtangga pada tahun 1964, dan dikurniakan empat orang anak.

Aktiviti Dakwah Said Hawwa

Said Hawwa memberi kuliah, khutbah, dan ceramah, di Syiria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat, Irak, Jordan, Mesir, Qatar, Palestin, Amerika dan Jerman. Beliau juga berperanan bahkan mengkordinasi demonstrasi menentang Undang-Undang Syiria tahun 1973. Kemudian dia dimasukkan penjara selama 5 tahun. Dipenjara beliau menulis buku tafsir Al-Asas Fit Tafsir (dua belas jilid) dan sejumlah buku dakwah lain. Beliau memimpin di Jama’ah Al Ikhwanul Muslimin, di peringkat nasional dan antarabangsa. Serta berperanan aktif dalam aktiviti dakwah, politik dan jihad.

Said Hawwa memiliki bakat besar dibidang pendidikan. Beliau bekerja sebagai pengajar di luar Syiria. Beliau mengajar di Arab Saudi selama 5 tahun, kota Al Hufuf wilayah Al Ihsa selama 2 tahun, dan Madinah Al Munawwarah selama tiga tahun.

Jejak-Jejak Kebaikan dan Warisan Ilmiah Said Hawwa

Said Hawwa memiliki jadual memberi pelajaran, dialog, dan ceramah, di Jami’iyah Al Ishlah Al Ijtimia’i di Kuwait dan Madrasah An najah. Ceramahnya mendapat respon positif dari generasi muda kebangkitan Islam.

Karya-karya Said Hawwa

Said Hawwa memiliki karya berkisar dakwah dan gerakan, yang diminati para pemuda muslim di negeri-negeri Arab dan Islam. Sebahagian besar karya tulisannya diterjemahkan ke bahasa lain.

Diantara karangan yg telah diterbitkan :

  1. Allah Jalla Jalaluhu
  2. Ar rasul Shallallahu alaihi wassalam
  3. Al islam
  4. Al asa fit tafsir
  5. Tarbiyatuna Arruhiyah
  6. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan
  7. dan lain-lain

Pulang ke Rahmatullah

Tahun 1987 Syeikh Said Hawwa terkena stroke, hingga sebahagian anggota badannya lumpuh. Beliau juga mengalami komplikasi berbagai penyakit. Ini memaksanya jauh dari masyarakat.

Pada tanggal 14 Disember 1988 Said Hawwa di tahan di rumah sakit dan keadaannya tidak tidak semakin pulih. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, tanggal 9 Mac 1989 di Hospital Amman, Jordan. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Al akh Said Hawwa yang sabar terhadap komplikasi penyakit, penyiksaan, dan ujian menyakitkan di penjara selama bertahun tahun. Semoga Allah menjadikan itu sebagai pemberat timbangan amal kebaikannya, mengampuni kita, dan mengumpulkan kita bersama para nabi, orang orang shiddiq, syuhada, dan orang-orang soleh, kerana mereka sebaik-baik teman.

Judul asli : Mengenang Said Hawwa
Sumber : Al Mustasyar Abdullah Al Aqil/ Al I’thisom

Mustafa As-Siba'i: Tokoh Dakwah Ikhwan Yang Disegani

E-mail Print PDF

As-Siba’i lahir di Himsh, Syria, tahun 1915. Keluarganya terpandang sebagai keluarga ilmuwan. Ayah dan datuknya penanggung jawab khutbah di masjid Jami’ di Himsh, dari generasi ke generasi.

desertKetika As-Siba’i bermaksud melamar seorang gadis, keluarga yang mengantarkan As-Siba’i ke rumah sang gadis mengatakan jika As-Siba’i sibuk mengurus dakwah Islam, jadi kemungkinan waktu luangnya sedikit untuk keluarga; apakah dengan keadaan seperti itu keluarga sang gadis akan tetap menerimanya? Tak tahunya pihak calon mempelai wanita setuju.

Waktu umurnya baru enam belas tahun, As-Siba’I sudah terlibat dalam melawan Peranchis yang waktu itu tengah “mampir” di Suriah. Gara-gara memimpin demo, dan mengedarkan risalah, dia ditangkap pada tahun 1931 oleh Peranchis. Setelah dibebaskan, dia kembali ditangkap gara-gara pidato-pidatonya yang dapat membakar dan mengobarkan semangat massa buat melawan Peranchis.

Tahun 1933, Musthafa As-Siba’i pergi ke Mesir, menimba ilmu di Al-Azhar. Waktu kuliah inilah, As-Siba’i berkenalan dengan Hasan Al-Banna dan gerakan Ikhwan. As-Siba’i ikut ambil bahagian mendirikan cabang Ikhwan di Syria. Tahun 1945, As-Siba’i dipilih sebagai Muraqib ‘Am Ikhwanul Muslimin Syria.

Kenangan Bersama Imam Syahid Hasan Al-Bana

Pernah, ada kejadian yang menarik antara Imam Hasan Al-Banna dan As-Siba’i. Ikhwan mempunyai sebuat akhbar, namanya Al-Ikhwanul Muslimun, dan suatu kali akhbar itu memuat foto Hasan Al-Banna dan Musthafa As-Siba’i, dengan komentar di bawah foto itu, “Panglima dan Tentera”. Langsung saja Imam Hasan Al-Banna menulis surat buat pemrednya, komplain soal tulisan itu.

Imam Al-Banna mengatakan, “Jika yang Anda maksud dengan kata panglima ialah Ustadz Musthafa As-Siba’i dan kata tentara ialah hamba Allah yang lemah ini yang setiap hari dan saat menganggap dirinya tentera dakwah kebenaran yang paling kecil, maka bererti anda memberi predikat sangat baik dan terima kasih saya sampaikan kepada anda. Jika yang anda maksud ialah makna yang cepat tertangkap di benak ketika pertama kali membacanya dan mengetahui posisi Mursyid dan Muraqib, maka saya berlindung diri kepada Allah dari apa yang anda lakukan dan minta maaf kepada Ikhwan atas apa yang anda tulis. Saya berharap permainan jurnalistik seperti ini tidak menjerumuskan anda pada ketidaktenteraman jiwa. Saya memohon kepada Allah semoga memberi taufik kepada kita menuju kebaikan, meluruskan langkah kita menuju apa saja yang mengundang kecintaan dan keredhaan-Nya, serta menyatukan hati untuk memperjuangkan kebaikan bagi tanah air tercinta ini.” Itu adalah hal yang tak dapat dilupakan siapapun ketika itu, termasuk As-Siba’i.

Tahun 1944, As-Siba’i pergi menunaikan haji untuk yang pertama kalinya. Tahun 1947, ia menerbitkan akhbar Al-Manar, walaupun dibredel oleh Husni Az-Zaim. Tahun yang sama, ia mendapat gelar doktor dalam perundang-undangan Islam dan sejarahnya, disertasinya berjudul As-Sunnah wa Makanatuha fit Tasyri’ Al-Islami.

Sumbangsihnya untuk Islam

Di tahun 1948, As-Siba’I kembali ke Syria. Beliau dan anggota-anggota Ikhwan lain cuba memasukkan materi tarbiyah di kurikulum pendidikan. Beliau pun cuba membuka Fakulti Syariah di Universiti Syariah tahun 1955 dan jadi dekannya untuk pertama kali. Mulailah As-Siba’i merintis penyusunan ensiklopedia Fiqih Islam yang meliabtkan ulama dari penjuru dunia Islam untuk menyajikan Fiqih Islam dengan format baru, sunnah, fiqih ulama salaf, dan ijtihad ulama kontempori.

Tahun 1949, As-Siba’i terpilih jadi wakil kota Damaskus, padahal dia orang Himsh. Setahun kemudian, ia dinobatkan menjadi guru besar Fakultas Hukum Universiti Syria.

Siba’i juga menuntut kepada pemerintah Suriah agar mengizinkan ia dan Ikhwan berpartisipasi dalam perang di Mesir yang tengah melawan Inggeris di Terusan Suez. Tentu saja, pemerintah Syria langsung menangkap Musthafa As-Siba’i seterusnya membubarkan Ikhwanul Muslimin Syria. Belum lagi perintah pemecatan As-Siba’i dari Universiti Syria dan terus dideportasi ke Lebanon.

Tahun 1953, dalam muktamar umum Islam di Al-Quds, As-Siba’i jadi wakil dari Syria. Tahun 1954, As-Siba’i hadir di muktamar Islam-Kristian di kota Handun, Lebanon, tujuannya buat meng-counter musuh-musuh Islam dari kalangan orientalis dan orang-orang Kristian.

Sampai tahun 1957, As-Siba’i banyak melakukan perjalanan ke negara-negara Eropah, dari Italia Inggeris, Irlandia, Belgium, Belanda, Denmark, Norway, Sweden, Poland, Jerman, Swiss, Perancis, dan Rusia untuk melihat kurikulum studi Islam di negara-negara tersebut. Di sinilah, As-Siba’i menyingkap habis kesalahan-kesalahan kaum orientalis, baik secara ilmiah atau historis.

Semakin tua semakin produktif

Di tahun yang sama, As-Siba’i sudah mulai sakit-sakit. Uniknya, justru di masa-masa sakit ini, As-Siba’i malah produktif. Sehari sebelum meninggal ia menulis tiga buku yaitu Al-Ulama’ Al-Auliya’, Al-Ulama’ Al-Mujahidun, dan Al-Ulama Asy-Syuhada’.

Tujuh tahun lamanya, Musthafa melewatkan hari-hari bersama penyakitnya, akhirnya hari Sabtu tanggal 3 Oktober 1964, ia meninggal dunia di kota Himsh. Jenazahnya diiringi rombongan besar orang dan disholatkan di Masjid Jami’ Al-Umawi, Damaskus.

Ada perkataan yang menarik dari Dr. Husni Huwaidi tentang kondisi As-Siba’i waktu sakit. “Saya melihatnya ketika sakit, bersandar pada tongkat, berjalan di pagi dan petang hari menuju masjid, pada saat orang-orang sihat dan kuat enggan pergi ke masjid. Betapa sedikitnya orang sakit dan lumpuh, namun ia lebih kuat dari pedang terhunus. Kelestariannya dalam jihad, betapapun ia lumpuh, menderita sakit jantung dan hipertensi, tidak lain dalil nyata dan hujjah jelas bahawa karakter orang ini ialah jihad dan tabiatnya perjuangan, nalurinya pengorbanan, fitrahnya keberanian dan patriotisme. Bagaimana mungkin riya’ mendapatkan peluang menyusup ke hatinya, futur menemukan jalan mengusik jiwanya dan keraguan menemukan lorong merusak tekadnya? Maha suci Allah yang memberi karunia kepadanya lalu ia mensedekahkannya dan menimpakan ujian kepadanya lalu menjadikannya redha pada ujian.”



Dr Mustafa As-Siba'ie, Ulama dan Mujahid Syria





Sesungguhnya ada dua macam cinta yang tak dapat menyatu;
Cinta Allah dan cinta kemaksiatan. Cinta Jihad dan cinta kehidupan. Cinta pengorbanan dan cinta harta kekayaan. Cinta kebenaran dan cinta kepemimpinan. Cinta perdamaian dan cinta untuk membalas dendam. Cinta perbaikan “ishlah” dan cinta keselamatan. Cinta perjuangan dan cinta untuk hidup berleha-leha. Cinta keadilan dan cinta penghambaan. Cinta rakyat dan cinta thogut. Cinta untuk senantiasa berbuat baik dan cinta untuk berbuat curang (Musthafa Siba’i).

Begitu mendalam dan penuh makna untaian kata yang terucap dari bibir mujahid Suriah ini. Hikmah yang muncul dari perenungan lama dalam badai rintangan dakwah yang begitu panjang. Ia tahu betul bahwa dunia memang sudah diciptakan berpasangan. Dari kontemplasi terhadap pergumulan haq dan bathil lahirlah kata-kata monumental ini. Dengan mantap, iapun memilih berjuang dan berkorban demi tujuan tunggal, ridha Allah Swt..

Mutiara Melahirkan Mutiara
Tahun 1915, kota Hims di daratan Syam menjadi saksi lahirnya sosok bayi mungil yang kelak ternyata menjadi sosok besar yang disegani. Musthafa bin Husni As-Siba`i, begitu nama lengkapnya. Ia tumbuh di tengah keluarga yang agamis. Ayah dan kakeknya adalah khatib kondang di mesjid terkenal di kota Hims.

Ia amat terwarnai oleh sosok sang ayah, Syeikh Husni As-Siba`i. Seorang ulama yang gigih menantang kaum imperialis. Musthafa As-Siba`i pun kerap mengikuti pengajian yang dibawakan oleh ayahnya. Pengajian ini diikuti oleh ulama-ulama Suriah waktu itu. Seperti, Thahir Ar-Rais, Said Al-Maluhi, Faik Al-Atasi dan Raghib Al-Wafai. Suasana perjuangan inilah yang membawa Siba`i menjadi sosok pejuang bertalenta tinggi.

Mengais Ilmu Sepanjang Hayat
Siba`i kecil melewati pendidikan pertama dilingkungan keluarga. Ia menghafal Al-Quran dan mempelajari pondasi dasar ilmu-ilmu Islam dibawah asuhan sang ayah. Setelah menyelesaikan sekolah formal tingkat dasar dengan nilai yang memuaskan, ia melanjutkan ke sekolah tingkat atas syariah.

Karena dorongan dari orang tuanya, Siba`i meneruskan perjalanannya dalam mengais ilmu. Kala berusia delapan belas tahun, ia meneruskan pendidikannya ke Universitas Al-Azhar, Mesir. Ia mengambil spesialisasi fikih, selanjutnya ke Usuluddin, dan meraih ijazah dengan predikat yang memuaskan. Di universitas yang sama ia melanjutkan program Doktoralnya. Pada tahun 1949 ia dapat meraih gelar Doktor di bidang Syariah Islamiyah dengan predikat summa cumlaude. Disertasinya berjudul “As-Sunnah Wa makânatuhâ Fî At Tasyrî’”.

Tatkala menempuh pendidikan di Mesir ini, Skenario ilahi berlaku. ia menjalin hubungan harmonis dengan Imam Hasan Al-Banna, pendiri gerakan Ikhwanul Muslimin. Keharmonisan itu terus berlanjut hingga Siba`i pulang ke tanah airnya.

Pada tahun 1942, para dai-dai Suriah berkumpul dan sepakat untuk berjuang di bawah bendera Ikwanul Muslimin. Tahun berikutnya para dai dan ulama Suriah sepakat untuk mengangkat Siba`i sebagai pengawas umum Ikwanul Muslimin untuk Suriah

Kiprahnya dalam dunia akademis tidak berhenti. Ia dinobatkan sebagai guru besar di Fakultas Hukum Universitas Suriah pada tahun 1950. Siba`i pernah mengusulkan penyusunan ensiklopedia fikih yang ditampilkan dalam format baru. Ensiklopedi tersebut sekarang masih digarap oleh para ulama muslim dari seluruh dunia. Beliau pun berhasil memperjuangkan masuknya pelajaran pendidikan Islam dalam kurikulum pendidikan Suriah. Disamping membuka jurusan Syariah di Universitas Suriah (sekarang Universitas Damaskus).

Pada Tahun 1951, ia menghadiri muktamar Islam yang diadakan di Pakistan. Pada saat itu ia bersua dengan ulama dari penjuru negeri Islam. Tahun 1953, Siba`i dapat hadir dalam konfrensi Islam untuk pembebasan Al-Quds yang diadakan di kota Al Quds. Konferensi ini dihadiri oleh perwakilan Ikhwanul Muslimin dari seluruh negara Arab, juga para tokoh dunia Islam, termasuk Dr. Muhammad Natsir dari Indonesia. Pada tahun berikutnya, 1954 Siba`i tampil untuk mematahkan argumen kaum orientalis dan salibis dalam Mu’tamar Islam dan Kristen di Libanon.

Perjuangan Tak Bertepi
Dari awal, sibai’ muda berbeda dengan pemuda-pemuda kebanyakan. Kehidupan yang sulit dan keras, ditambah kekuatan imperialis yang masih merongrong kemerdekaan tanah airnya, mempengaruhi kepribadiaan dan pola berpikirnya. Sikap ksatria dan patriotik tertanam dalam pribadinya.

Di usia yang masih sangat belia, ia telah berani berkata lantang melawan kaum penjajah. Ia aktif dalam kegiatan merebut kemerdekaan. Tidak heran, pada tahun 1931 di usianya yang baru menginjak angka enam belas, Siba`i telah merasakan dinginnya dinding penjara untuk kali pertama. Ia ditahan penjajah Perancis dengan tuduhan mengkoordinir penyebaran selebaran yang mengkritik kebijakan Perancis.

Setelah bebas, perjuangan Siba`i tak pupus. Kali kedua ia dijebloskan ke dalam penjara oleh pihak Perancis, akibat khutbah jumatnya di Mesjid Raya Hims yang dianggap mengobarkan ruh jihad melawan penjajah. Penentangannya terhadap penjajahan ia buktikan dengan memimpin langsung perlawanan senjata pada tahun 1945.

Tatkala mengeyam pendidikan Al-Azhar. Ia bersama para rekan-rekannya turut andil dalam unjuk rasa menentang penjajahan Inggris. Akhirnya ia pun harus meringkuk dalam sel. Tiga bulan berlalu, ia dipindahkan ke penjara Palestina selama empat bulan. Setelah itu ia dibebaskan dengan jaminan. Ia tidak diperkenankan untuk kembali ke Mesir, karena dianggap pioner gerakan anti Inggris.

Jihad Palestina
Pada tahun 1948, Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) mengeluarkan sebuah keputusan busuk dengan membagi tanah Palestina menjadi dua bagian: Palestina dan Yahudi. Resolusi ini membuat bangsa-bangsa Arab memutuskan untuk menghadapi Yahudi dengan bahasa perang. Pada saaat itulah, Siba`i maju dan mengajak bangsanya untuk membela keadilan dan kebenaran. Ia memimpin bangsa Suriah melalui bagian selatan Suriah yang berbatasan dengan Palestina. Ia memimpin langsung perlawanan dengan membawa pasukan Ikwanul Muslimin Suriah. Ia terjun dengan semboyan ”Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami”.

Sepulangnya dari Palestina, jihad Siba`i pun terus berlanjut. Kali ini ia berjihad di Suriah dengan tulisan dan kata. Ia juga membina generasi rabbani dengan semangat juang membumikan ajaran ilahi di muka bumi.

Kiprah di Media Massa
Media massa merupakan salah satu jalan untuk memperjuangkan keinginan dan idealisme. Hal itu dipahami betul oleh Siba`i. Pada tahun 1947 ia menerbitkan surat kabar bernama “Al-Manâr”. Ia menjadikannya sebagai sarana penyebaran nilai-nilai Islam, sekaligus menggugah pembaca untuk mengerti akal bulus kaum imperialis. Surat kabar ini eksis selama dua tahun, sebelum dibredel oleh penguasa pada tahun 1949.

Pada tahun 1955, Siba`i kembali menerbitkan satu surat kabar mingguan yang bernama “Asy-Syihâb”, dan eksis hingga tahun 1958. Setelah itu ia masih banyak menulis makalah seputar politik, sosiologi, sejarah, dan pemikiran.

Pada tahun yang sama, 1955, ia dapat menerbitkan majalah “Al-Muslimûn”. Ia dinobatkan sebagai pimred hingga tahun 1958. Dalam perjalanannya, majalah ini berganti nama menjadi majalah “Hadhârah Al-Islâm.” Ia mempunyai obsesi agar majalah ini dapat menjadi batu loncatan dan kawah candradimuka untuk penggemblengan umat Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Mereka Bicara Tentangnya
Duta besar Yordania untuk Suriah, Dr. Muhammad Shubhi, mengatakan: “Sesungguhnya ia (Siba`i) bak lautan. Siapapun bisa menimba air darinya sesuka hati, tanpa mengurangi air itu.”

Syeikh Muhammad Husni An-Nadawi mengatakan: “Tak ada yang memungkiri bahwa Dr. Musthafa Siba`i adalah guru besar gerakan Islam dunia. Ia adalah seorang dai pilihan, serta ulama dari generasi gerakan awal.” Sungguh ia adalah sosok pejuang besar yang melahirkan karya besar.

Karya-Karya Fenomenalnya
Sebagai seorang penulis produktif, Siba`i telah menelurkan banyak karya. Diantara goresan tintanya adalah: As-sunnah wa Makânatuha Fi At-tasyrî’, Al-mar’ah Bainal Fiqh wal Qanûn, Hakazâ ‘Allamatnî Al-hayâh, As-sîrah An-nabawiyah Durûs wa ‘Ibar, Min Rawâi’i Hadâratinâ, ‘Uzhamâunâ Fi At-tarîkh, Ad-dîn wa Ad-daulah Fi Al-islâm, Al-isytisyrâq wa Al-musytasyriqûn, Jihâdunâ Fi Falistîn, Manhajunâ Fi Al-islhâh, As-shîra’Bainal Qalb wal `Aql, dan masih banyak lagi.

Perginya Reformis Hims

Pada hari Sabtu, 3 Oktober 1964, bertepatan dengan 27 Jumadil Ula 1384 H., dunia Islam berkabung. Pada usia empat puluh sembilah tahun, tokoh besar itu menghadap rabb-nya abadi. Ia pergi setelah melalui perjuangan dengan segudang jasa bagi umat Islam dunia. Semoga perjuangan dan pengorbanannya dapat kita jadikan suri tauladan, agar kejayaan Islam dapat kembali menyapa bumi. A’innâ yâ Rabb.

Muhammad Abu Dzar, Lc.

Monday, September 7, 2009

ISRAK MIKRAJ 1

E-mail Print PDF

Kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kesempatan berkumpul kepada kita, dalam rangka acara peringatan agung dan tercinta, iaitu peringatan Isra' Mi'raj.

Kita panjatkan puji syukur ke hadzrat Allah SWT. Kita ucapkan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwah Baginda hingga ke hari kiamat.

Amma ba'du. Assalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.Kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kesempatan berkumpul kepada kita, dalam rangka acara peringatan agung dan tercinta, iaitu peringatan Isra' Mi'raj. Setiap tahun kita berkumpul di bulan Rejab yang mulia. la adalah bulan yang diberkahi, waktu-waktunya merupakan kemuliaan rabbani. Barangsiapa yang berbuat baik, maka Allah akan menambah kebaikannya di dalamnya, dan barangsiapa yang berbuat jahat, maka Allah akan membukakan pintu ampunan untuknya pada bulan yang diberkahi ini.Di sini saya tidak akan membahas kisah Isra' dan Mi'raj secara mendetail, kerana anda semua tentu sudah mendengar dan membacanya. Tetapi kita akan mengadakan ulasan singkat saja. Isra' adalah perjalanan yang dilaksanakan Rasulullah saw. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sedangkan Mi'raj adalah perjalanan samawiah yang dilaksanakan oleh beliau saw. dari Masjidil Aqsha ke langit paling tinggi.Kedua perjalanan ini dilaksanakan dalam satu malam dan dilak­sanakan oleh Rasulullah saw. sebagai manusia secara utuh. Kisah ini telah disentuh oleh Al-Qur'an dalam surat Al-Isra'. Ada orang bersikap ragu terhadap kisah Isra' dan bertanya, "Apakah kisah tersebut sesuai dengan hukum-hukum Allah yang berlaku bagi makhluknya? Mungkinkah manusia yang komposisinya terdiri dari daging dan darah serta memerlukan elemen-elemen material, dapat naik ke langit, padahal kita mengetahui bahawa di tempat tertentu terdapat ruang vakum dan pada titik ketinggian tertentu sudah tidak terdapat oksigen?" Saya pernah mengatakan kepada mereka, "Ini adalah kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu. la merupakan hal yang mungkin dan tidak mustahil dalam logik kekuasaan Allah. Tetapi, perlu saya tanyakan juga, apakah kalian mengetahui seluruh ilmu Allah yang telah lalu mahu pun yang akan datang?"Ikhwan sekalian, pada kenyataannya, ilmu moden telah menyingkap rahsia itu dan bahawa manusia mempunyai unsur lain selain unsur materi, iaitu unsur kejiwaan, yang disebut sebagai alam ruh atau alam kejiwaan. Sekalipun ilmu pengetahuan belum mampu menyingkap hakikat alam ini, tetapi ia telah sampai pada pengeta­huan bahawa ruh dapat menguasai badan sehingga dapat menguasai, membatasi, dan menundukkannya kepada hukum-hukumnya, bu­kan kepada hukum-hukum materi. Sebenarnya, beberapa kejadian dapat membuktikan hal ini. Ada sebahagian penganut sufi di India yang mampu menguasai badannya dengan kekuatan ruhnya serta bertahan selama satu minggu. Kita juga mengenal adanya hipnotis, yang menjadikan ruh menguasai badan, sehingga ia berubah menjadi mata yang rnelihat.Yang terjadi dalam kisah Isra' Mi'raj adalah, bahawa Allah swt. mengurniakan kepada Nabi-Nya yang mulia ini kekuatan ruhani yang besar, sehingga menguasai badannya. Ini bukan bererti bahawa beliau diisra'kan dengan badan tanpa ruh, tetapi diisra'kan dengan ruh dan jasad. Sebahagian orang bertanya, "Apakah hikmah Isra'Mi'raj?" Saya berkeyakinan bahawa Isra' Mi'raj adalah bahan dasar dalam kurikulum tarbiyah Ilahi. Sebab Allah swt. telah menyiapkan Rasul-Nya yang mulia agar menjadi penghulu para pendidik dan para pengajar. Maka beliau harus mempunyai kedudukan ilmu yang melebihi kedudukan-kedudukan yang dimiliki oleh manusia lainnya. Kerana itu, Allah mengelilingkannya di seluruh langit agar keimanan beliau merupakan keimanan yang berdasarkan penyaksian dan penglihatan, tidak sekadar keimanan yang berdasarkan pada keyakinan dan teori.Ada hikmah lain yang mengandungi nilai ketinggian dan kemahaan. Allah swt. telah mewajibkan salat kepada kaum muslimin pada malam Isra' Mi'raj. Allah tidak menghendaki kewajiban ini diperintahkan melalui wahyu sebagaimana halnya kewajiban-kewajiban lain, tetapi Dia mengundang Nabi-Nya yang mulia agar beliau men-jelaskan kepada manusia bahawa salat mempunyai nilai yang tinggi dan agung serta merupakan perkara dasar dalam kurikulum tarbiyah Islamiyah. Salat adalah kebersihan, keaktifan, kesihatan, ilmu, dan akhlak.Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada Saiyidina Muhammad, juga kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Islam dan Waktu - Hassan alBanna

Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)

Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihitung dan dicatat. ”Sebenarnya Kami sentiasa mendengar, dan utusan-utusan Kami pun sentiasa mencatat di sisi mereka.”(Az-Zukhruf: 80).”Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hambaNya, dan Dia mengutus kepada kalian malaikat-malaikat penjaga.”(Al-An’am: 61) clock.jpgIslam datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia tak akan kembali. Kerana itu, Abu Bakar ra. Pernah berdoa,”Ya Allah, janganlah Engkau siksa kami secara tiba-tiba.” Allah SWT. telah memerintahkan kita untuk menggunakan waktu dalam empat perkara: * Pertama: Dalam perkara yang dapat menyelamatkan keagamaan kita, iaitu berupa ketaatan kepada Allah SWT. Ini terbahagi kepada dua:o Perkara-perkara yang difardhukan oleh Allah kepada kita dan tertentu waktunya, seperti salat, zakat, puasa, haji dan seterusnya.o Perkara-perkara yang dianjurkan oleh Allah kepada kita berupa amalan-amalan nafilah (sunnah), seperti tilawah Al-Quran, sodaqah, zikir dan membaca Selawat Nabi. * Kedua: Dalam perkara-perkara yang juga memberikan manfaat kepada kita , berupa mencari rezeki yang halal untuk keperluan kita dan keluarga yang kita tanggung. Jika hal ini kita lakukan dengan ikhlas, ia menjadi amal ibadah. Rasulullah saw. Bersabda.”Barangsiapa di petang hari keletihan kerana bekerja, di petang itu dia mendapat ampunan.” * Ketiga: Dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Itu merupakan bahagian dari bentuk penghampiran (qurbah) diri yang paling agung. Rasulullah saw. Bersabda, ”Barangsiapa keluar rumah untuk memenuhi hajat saudaranya, ia seperti orang yang melakukan iktikaf di masjidku ini selama sebulan.” Hal ini memuatkan hakikat bahawa manusia seluruhnya adalah ”keluarga” Allah. Orang yang paling dekat denganNya adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Kerana itu, engkau mesti dapat memberikan manfaat kepada mereka, sama ada dalam aspek material atau pun lainnya. * Keempat: Dalam perkara yang dapat memberi ganti atas sesuatu yang hilang dari kita, iaitu waktu istirehat. Kerana sesungguhnya badanmu itu mempunyai hak yang harus kau tunaikan. Kerana itu, tentukanlah waktu khusus untukmu, yang di situ kamu dapat memperbaharui kegiatanmu dan menyegarkan kembali semangatmu. Itu dapat dilakukan dengan cara berenang, memanah, menunggang kuda, santai yang baik, dan jenis-jenis ketrampilan olahraga lainnya. Sayangnya kita telah terbiasa untuk tidak mengenal nilai waktu dalam berbagai aktiviti kehidupan kita. Kita tidak menghargai waktu sebagaimana mestinya dan kita menggunakannya untuk hal-hal yang tidak ada kaitan sama sekali dengan Islam, seperti menonton filem, teater, tarian dan menghadiri kelab-kelab yang penuh maksiat. Kita bertaqlid kepada Eropah secara buta, lebih mengutamakan kegiatan itu daripada kegiatan yang baik dan amalan-amalan yang bermanfaat. Kita memohon kepada Allah SWT. taufiq yang kekal serta hidayah menuju jalan yang paling lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu kita Muhammad, serta keluarga dan para sahabatnya.